TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown melakar sejarah apabila berjaya menarik lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia menonton secara langsung pada Ahad.
5 juta penonton!
Jutaan penonton itu telah menemui pencipta konten kegemaran mereka menerusi platform TikTok bermula jam 7 malam hingga 11 malam.
Sokongan luar biasa itu juga berjaya menghasilkan kira-kira 80,000 pesanan siaran langsung pada malam itu selama empat jam acara berlangsung.
Ketua Komunikasi Pemasaran, TikTok Shop Malaysia, Nur Aisya Rosly berkata, pihaknya gembira melihat sambutan yang diberikan penonton.
Melalui segmen khas #JomLokal semasa siaran langsung, TikTok Shop mengukuhkan komitmen kami untuk memperkasakan PKS tempatan dengan memberi tumpuan kepada produk buatan Malaysia.
Sangat mengujakan melihat jenama-jenama buatan Malaysia seperti Dapur Pak Amir, Shiffa Curry Powder dan Empat Beranak bersinar di pentas, bukan sahaja di hadapan ribuan penonton yang hadir secara fizikal di stadium, tetapi juga oleh jutaan penonton menerusi siaran langsung TikTok Shop dan siaran TV3 malam ini.
Banyak diskaun menarik!
TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown yang disiarkan secara langsung di TikTok @tiktokshop_my dan TV3 menawarkan pelbagai promosi, diskaun dan baucar menarik untuk pembeli dalam talian menikmati penjimatan eksklusif.
Dengan kehadiran pencipta konten terkemuka dan selebriti seperti @khairulaming, @yang, @neelofa, @sallywhoo, @dearcarynn, @tulippetals, dan ramai lagi dalam siaran langsung pada Ahad, penonton menikmati pengalaman Shoppertainment yang menarik, di mana hiburan dan membeli-belah digabungkan.
Lebih seronok lagi, beberapa rakyat Malaysia yang bertuah berpeluang memenangi sebuah kereta Myvi dan dua biji motosikal Honda ADV 160 dan Honda Wave serta banyak lagi hadiah menarik.
Last day 11.11
Siaran langsung TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown mendapat sokongan daripada komuniti pembeli, pencipta, penjual dan rakan kongsi TikTok Shop, termasuk Maybank, Bulan Bintang, Oatside, Hausboom, Maggi, Munchy’s, Elianto, dan 888 Tea & Coffee, yang menyumbang kepada kejayaan acara ini.
Dengan TikTok Shop 11.11 Mega Sale mencapai kemuncaknya pada 11 November iaitu hari terakhir jualan dalam talian terbesar tahun ini, rakyat Malaysia boleh terus menikmati banyak baucar penghantaran percuma di seluruh platform yang boleh digabungkan dengan baucar diskaun platform dan diskaun penjual.
Dengan tawaran ini, pembeli boleh jimat sehingga tiga kali ganda, terutamanya apabila membeli tawaran harga hangat yang menampilkan potongan harga sehingga 80% daripada jenama terkenal seperti Sony, Farm Fresh, Skintific, GB Gold, dan banyak lagi.
Dihoskan oleh Sean Lee, Bella Astillah dan Sissy Iman, TikTok Shop 11.11 Mega LIVE Showdown turut diserikan dengan persembahan selebriti tanah air seperti, Ziana Zain, Aina Abdul, Amir Masdi, Marsha Milan dan ramai lagi.