Sebut sahaja TikTok Shop pasti ramai yang cukup kenal. Malah, tak mengejutkan kalau korang juga seperti min yang suka shopping di TikTok Shop.
Terbaharu, TikTok Shop bersama TEKUN Nasional di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mencipta fenomena luar biasa dengan menggerakkan 500 usahawan tempatan ke era ekonomi digital. Serius hebat!
500 usahawan TEKUN Nasional raih manfaat sempena kolaborasi TikTokShop bersama TEKUN Nasional
Dalam kempen penuh inspirasi yang berlangsung, kolaborasi ini berjaya meningkatkan keupayaan usahawan tradisional menjana pendapatan yang lebih tinggi.
Bukan itu sahaja, kempena ini turut berjaya memperkasakan produk tempatan di peringkat nasional!
4 Siri Karnival TEKUN yang luar biasa
Hadir dengan tema âBengkel Memperkasa Usahawan TEKUNâ, empat lokasi strategik telah menjadi medan utama kempen ini:
- Kuala Penyu (Sabah)
- Penang
- Kuala Langat
- Hulu Langat
Melalui siri ini, usahawan bukan sahaja dapat menonjolkan produk mereka di TikTok Shop tetapi juga terlibat dalam bengkel, booth aktivasi, pertandingan livestream, dan program matchmaking pencipta kandungan.
Kesan berganda kepada usahawan tempatan
Sepanjang kempen, impak yang dicapai sangat luar biasa:
1. Livestream Berkualiti Tinggi
Usahawan kini lebih aktif! Jumlah siaran langsung meningkat sebanyak 245%, dengan tempoh siaran yang lebih lama sebanyak 332% selepas mengikuti program ini.
2. Penghasilan Kandungan Kreatif
Peningkatan 227% dalam penghasilan video pendek menunjukkan keberkesanan latihan yang diberikan.
3. Ekonomi Lokal yang Berkembang Pesat
Produk tempatan mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 184% dalam masa 4 bulan sahaja.
4. Penambahan Produk Baharu
Sebanyak 1,036 produk baharu telah dimuat naik ke TikTok Shop, dengan pertumbuhan 160% berbanding sebelum program bermula.
5. Permintaan Tinggi untuk Produk Tempatan
221,000 barangan terjual dalam tempoh kempen ini, meningkat sebanyak 174%.
Momen Hebat di TikTok dan Tapak Karnival
Dengan 84 juta impresi di media sosial dan 20 juta tontonan secara keseluruhan, kempen ini turut menarik 40,000 pengunjung ke tapak karnival. Kombinasi strategik antara livestream, aktiviti luar talian, dan promosi oleh lebih daripada 30 pencipta kandungan tempatan telah membuka mata ramai terhadap potensi ekonomi digital untuk usahawan tempatan.
Kisah kejayaan yang menginspirasikan
Hasil kerjasama ini turut menyasikan beberapa usahawan mencapai kejayaan luar biasa melalui program ini:
- Shiffa Curry Powder: Diiktiraf sebagai Jaguh Lokal TikTok Shop.
- CEKUPALA EMPIRE: Catat peningkatan jualan sebanyak +933%.
- Lala Mislovy: Pertumbuhan sesi live sebanyak 147%.
- Frisha Classic Desserts: Video pendek mereka mencatatkan kenaikan 300% dalam tontonan berbanding sebelum ini!
Hebat bukan? Semuanya berjaya dibuktikan apabila usahawan-usahawan ini mulai melangkah ke dunia digital di TikTok Shop!
Kolaborasi antara TikTok Shop dan TEKUN Nasional bukan sahaja menunjukkan kejayaan usahawan pelbagai latar belakang tetapi juga membuktikan kemampuan mereka melonjakkan ekonomi negara.
Khas buat korang, jangan lepaskan peluang untuk menyokong produk tempatan di TikTok Shop hari ini dan nantikan lebih banyak program menarik pada tahun 2025!
Ketahui lebih lanjut produk dan kejutan hasil kerjasama KUSKOP bersama TikTok Shop dengan klik di SINI.