Di sebalik konten menghiburkan yang disajikan untuk pengguna media sosial, siapa sangka TikTokers yang dikenali sebagai Hadrey Ali atau Diva H.A sebenarnya mengalami masalah mental.
Masalah mental
Menerusi sebuah perkongsian, Hadrey berkata, dia didiagnosis oleh doktor menghidap MDD (major depressive disorder-depression), anxiety dan PDD.
Diagnosis oleh doktor menghidap MDD (major depressive disorder- depression), anxiety, PDD. Mesti korang tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya.
Saya yang selalu buat korang gelak, pemalu, sebenarnya ‘pesakit mental’ yang disahkan.
Betul orang cakap, yang selalu gelak, yang selalu buat kelakar, dia la paling banyak simpan masalah. Tak mampu tanggung dah, akhirnya serah kepada doktor.
Perlu ambil ubat
Mengakui lega dapat berkongsi tentang hal itu, Hadrey memberitahu, dia perlu mengambil ubat dos lebih tinggi yang memberi kesan kepada dirinya.
Alhamdulillah puas dan lega dapat luahkan. Permulaan ambil sertraline 25mg tak berapa nak jalan, doktor naikkan dos kepada 50mg. Ada perubahan, tapi tak pantas. Penat otak dengan side effect.
Untuk dua minggu awal, rasa macam tidur atas awan, rasa macam orang bodoh tak ada perasaan, susah tidur. Selepas itu, mula serasi. Alhamdulillah, rasa macam dilahirkan balik.
Tapi kena istiqamah, tak boleh selesa sangat dengan keadaan sekarang. Kena cari ketenangan dan tak boleh skip ubat, nanti sakit datang balik.
Sentiasa positif
Kini dalam proses pemulihan, Hadrey berharap dia tidak perlu bergantung kepada ubat lagi dan sentiasa mahu bersikap positif.
Selepas beberapa kali kaunseling, fisio, TA (pemulihan cara kerja), ada perubahan. Mudah memulakan berbual, kurang panic attack, bijak kawal anxiety, emosi dan stres.
Insya-Allah lepas ini dah tak jadi pemalu kot. Proses pemulihan masih berjalan, mungkin ambil masa yang lama untuk stabil.
Insya-Allah kita cuba tidak bergantung ubat sangat, akan ikhtiar ubati sendiri. Tapi mana tahu kan kuasa Allah dan senang.