Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTips Anak ‘Master’ Subjek Matematik Dengan Cepat, Mak Ayah Boleh Cuba Cara...

    Tips Anak ‘Master’ Subjek Matematik Dengan Cepat, Mak Ayah Boleh Cuba Cara Cikgu Ini…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tak ada ibu bapa yang tak risau apabila anak tak boleh menguasai subjek Matematik. Sebagai ibu bapa, kita boleh kata tolak, tambah, darab dan bahagi itu senang sahaja. Tetapi jika anak kamu tak boleh kuasainya, ia memang rumit.

    Jadi nak bantu anak kamu menguasai subjek Matematik dengan cemerlang, apa kata kamu ikut tips Cikgu Shaza ini. Daripada gred C/D, anak kamu boleh perolehi gred A/B dalam peperiksaan. Bacanya di bawah…

    Psst… Teknik ini sangat sesuai untuk pelajar sekolah rendah (Tahun 1-6) tau!

    #1 Belikan banyak buku latihan (Set Kertas 1&2)

    Beli buku latihan sekurang-kurangnya 3 buku yang berbeza. Dan setiap buku itu perlu mengandungi set soalan untuk kertas 1 dan kertas 2. Kemudian, minta anak kamu menjawab soalan daripada buku yang berlainan itu seolah-olah seperti peperiksaan. Tetapkan tempoh masa, semak dan beri markah.

    Foto – Pinterest

    Tujuannya adalah untuk kamu menilai secara kasar soalan apakah yang anak lemah. Pada masa yang sama, sediakan satu buku rekod untuk merekod tarikh, jenis latihan yang dibuat, markah dan komen mengenai pembelajaran anak.

    #2 Kenal pasti soalan yang salah 

    Setelah kamu tahu soalan yang manakah anak salah, tanya semula anak kamu adakah dia tidak tahu menjawabnya atau ianya cuma kecuaian. Kamu perlu peka dengan anak kamu, sekiranya ianya cuai beritahu untuk lebih berhati-hati. Jika tidak tahu, beritahu dia bahawa kamu akan membantunya.

    #3 Kenal pasti tajuk atau soalan yang lemah 

    Foto – Pinterest

    Penting untuk ibu bapa tahu apakah titik lemah anak kamu. Sama ada tidak boleh lakukan penyelesaian darab, bahagi, tolak mahupun tambah. Jika anak tidak boleh menguasai asas, kamu jangan terlampau ‘menekan’ anak, tetapi fikirkan penyelesaian yang efektif.

    ALSO READ:  [VIDEO] Wanita Geram MUA Batal ‘Job’ 10 Minit Sebelum Majlis Mula – ‘Tak Ada Kata Maaf Langsung’

    #4 Buat latihan ikut topik 

    Bagi ibu bapa yang mahukan keputusan atau hasil yang cepat, bagi anak kamu buat topik yang dia lemah dahulu. Sekiranya nak lebih berkesan, mula dari topik awal. Beri setiap topik untuk dibuat mengikut masa yang ditetapkan. Kemudian, semak dan beri markah.

    Foto – Pinterest

    Untuk setiap soalan yang salah, ajarkan teknik yang betul. Bina semula soalan yang sama menggunakan nombor yang berlainan. Ulang sehingga anak kamu menguasainya. Jika ada buku latihan lain, cari soalan yang sama dan biarkan anak kamu buat. Biarkan mereka jawab soalan tersebut menggunakan teknik yang diajar oleh kamu.

    #5 Ulang semula dengan set kertas 2 

    Untuk kertas 2, soalannya agak mencabar kerana ia memerlukan jalan kerja yang lebih terperinci. Ibu bapa perlu bantu anak carikan kata kunci untuk menentukan jenis operasi jalan kerja yang mana perlu digunakan.

    Foto – Pinterest

    Malah ibu bapa perlu ajar anak untuk transfer maklumat atau kata kunci penting ke atas kertas conteng dan ajar mereka dengan lukisan jalan kerja yang difahami.

    #6 Ulang kaji dan lakukan ujian setiap topik

    Apabila anak sudah menunjukkan peningkatan atau mahir, ulang kembali semua topik. Lakukan ujian untuk menguji kefahaman mereka dalam kertas 1 dan kertas 2. Jika ada kesalahan di topik atau jenis soalan yang sama, ajar kembali mereka dan ulang sehingga mereka menguasainya.

    #7 Ulang dan terus ulang 

    Sebagai ibu bapa jika anak kerap melakukan kesalahan untuk topik atau soalan yang sama, jangan memarahi atau merendahkan mereka. Ini kerana ia akan mengurangkan keyakinan dan boleh melemahkan anak.

    Foto – Pinterest

    Jadi penyelesaiaiannya adalah kamu perlu pastikan anak untuk terus ulang dan ulang set kertas peperiksaan, topik atau jenis soalan yang mereka lemah. Apabila mereka sudah tahu bentuk soalan, ia akan memudahkan mereka untuk menjawabnya dalam peperiksaan kelak.

    ALSO READ:  mmCineplexes Plus: Tempat Duduk 'Couple', Mesra Keluarga & Bertih Jagung Ikut Musim

    Selamat mencuba!



    Credit: IbuBapa – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts