Sebut sahaja Amy Search, pasti ramai yang boleh dengar tagline “Peeewiiit” miliknya yang popular.
Sekadar info untuk kamu, Datuk Amy Search atau mesra disapa Amy Search telah berkahwin dengan pasangannya Norhasniza Hassan (Datin Nourish) selama 20 tahun. Hasil perkahwinannya, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Amy Search Kongsi Tips Rumah Tangga Yang Bahagia
1. Jangan pernah cerewet
Kongsi Amy Search, suami isteri tidak boleh mencapai persefahaman yang baik dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama. Dalam tempoh tersebut, setiap pasangan tak boleh menjadi cerewet antara satu sama lain. Malah tanamkan rasa bersyukur dan sabar dalam diri.
2. Cuba bertenang jika berlakunya perselisihan faham
Setiap pasangan tak terlepas daripada menghadapi perselisihan faham dalam hubungannya. Bagi Amy Search, salah seorang perlu berdiam diri dan cuba untuk bertenang. Sekiranya kedua-dua pihak tidak berdiam diri dan teruskan untuk bergaduh, ia akan menjadi berpanjangan hingga memberikan kesan buruk pada hubungan.
3. Jangan bandingkan kebahagian sendiri dengan orang lain
Amy Search mendedahkan yang setiap pasangan ada cara bahagianya tersendiri. Jangan sesekali membandingkan kebahagiaan kamu dengan pasangan yang lain. Jika perkara ini terjadi, kamu akan berasa tidak puas dengan apa yang pasangan lakukan.
Semoga bermanfaat!
Credit: Cinta – Murai MY