Kalau nak kulit wajah dan badan yang cantik serta fit; kenalah rajin-rajin belai.
Selebriti kacukan Irish-Melayu, Yang Mulia (YM) Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Memiliki kulit putih kemerahan dan bentuk badan yang langsing, pasti kamu tidak menyangkakan usia sebenarnya.
Untuk pengetahuan kamu, YM Che Puan Sarimah sangat menitik beratkan soal gaya hidup yang sihat. Rajin amalkan senaman dan mengambil makanan yang sihat menjadi kunci utamanya untuk kekal cantik serta fit di usia 45 tahun.
Bagi kamu yang teringin nak jadi seperti YM Che Puan Sarimah, apa kata kamu cuba ikut tips beliau yang berikut;
Kerap Bersenam Kunci Utama Kekal Awet Muda
Dipetik daripada NONA, YM Che Puan Sarimah mendedahkan beliau percaya untuk menjadi seorang wanita yang cantik mestilah kena rajin bersenam.
View this post on Instagram
Secara saintifiknya, bersenam dapat membuatkan seseorang itu kelihatan lebih muda dan segar. Ini kerana bersenam akan mengeluarkan peluh. Dan peluh pula mengandungi toksin yang boleh sebabkan banyak penyakit dalam badan.
Bagi YM Che Puan Sarimah, penting untuk beliau bersenam setiap hari. Jadi untuk pastikan bersenam, beliau akan habiskan masa di gim. Bergantung pada harinya dan jadual, dia akan melakukan senaman sama ada cardio, boxing, karate, senaman berat atau ringan mahupun pilates.