Gigi palsu Kanye West yang baru ini adalah bersifat kekal tau!
Penuh dengan kontroversi, kali ini rapper Kanye West dipercayai telah mencabut kesemua gigi aslinya. Kemudian dia gantikan dengan gigi palsu yang diperbuat daripada titanium.
Untuk pengetahuan kamu, Kanye mencabut kesemua gigi aslinya dan menggantikan kepada gigi palsu titanium kerana mahu meniru watak “Jaws” yang dilakonkan oleh Richard Kiel dalam filem James Bond “The Spy Who Loved Me” dan “Moonraker”.
Menurut sumber terdekat Kanye, rapper ini mendapat logam baharu “prostodontik tetap”, ianya kekal dan melangkaui veneer atau grill.
“Implan diperbuat daripada titanium dan logam berharga, termasuklah paladium dan platinum di pelbagai tempat mengikut sifat yang diperlukan pelbagai unsur,” – sumber.
Gigi palsu titanium ini adalah pergigian eksperimen dan direka sepenuhnya oleh Kanye dengan bantuan pakar perubatan dan pergigian. Harga bagi gigi palsu titanium ini pula berharga $850,000 (RM4,009,875).
Sebelum ini, pada tahun 2010, Kanye pernah membuat penampilan di rancangan realiti The Ellen DeGeneres Show, mempamerkan barisan gigi bawahnya yang diganti dengan implan berlian dan emas.