Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTiz Zaqyah Bidas Kritikan Netizen Isu Siti Nurhaliza Sepentas Dengan David Foster-”...

    Tiz Zaqyah Bidas Kritikan Netizen Isu Siti Nurhaliza Sepentas Dengan David Foster-” Korang Ni Melebih Sangat…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Tiz Zaqyah tampil memberikan penjelasan selepas teruk dikecam kerana memberikan komen pada isu penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuat persembahan bersama komposer antarabangsa yang juga penyokong Rejim Zionis, David Foster di Indonesia.

    Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul menerusi hantaran di laman X, membidas sikap netizen yang terlalu melebih serta menjadi ‘batu api’, walhal dia sangat menyayangi idolanya itu.

    “Ya Allah, korang ni takde kerja lain ke. Kau tak tahu aku sayang idola aku macam mana. Nama sama kot. Aku tetap kaum SITI.

    Korang ni melebih sangat…Batu api.”-bidas Tiz Zaqyah di X

    “Sekali Pun Aku Tak Sebut Nama SITI…”

    Jelas Tiz, dia hanya post retweet yang berkaitan, namun pihak terlibat melemparkan kebencian terhadapnya walaupun dia tidak memetik nama penyanyi tersebut pada ruangan komen.

    “Aku cuma post retweet apa yang berkaitan. Tapi nampaknya kau sebagai sekadar PEMINAT tak kenal hati, lagi buat benci. Sekali pun aku tak sebut nama SITI. Tolonglah. Kalau kau sayang idola kau, jaga nama dia. Dia idola aku jugak. Cib*i.”-tulis Tiz lagi

    Sebelum ini, nama penyanyi, Siti Nurhaliza menjadi bualan ramai selepas menerima jemputan komposer antarabangsa, David Foster yang didakwa penyokong Israel.

    Walaubagaimanapun, peminat Siti mempertahankan tindakan Siti yang dianggap menyelamatkan maruah penganjur konsert Hitman Returns- David Foster and Friends, kerana menggantikan ketiadaan penyanyi, Jessie J yang menarik diri pada saat akhir.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts