Pelakon Tiz Zaqyah menyelar tindakan segelintir warganet kerana bertindak mempertahankan seorang pemandu bas sekolah yang merakam video murid serta memuat naik di media sosialnya.
Sejarah hitam
I have a close friend, yang ada sejarah hitam dengan pak cik dia sendiri, and it all started from touching the lips, to kissing behind closed doors. She knew whatever pakcik dia buat is wrong, but she cant scream because? Itu pak cik dia! Kau faham? How long she suffered until…
— ?TIZZY???Solo Sapien??? (@TI25AQYAH) September 6, 2024
Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X, Tiz atau nama lengkapnya Siti Zaqyah Razak berkongsi tentang pengalaman buruk yang dialami oleh teman rapatnya.
Saya ada seorang kawan rapat yang ada sejarah hitam dengan pak cik dia sendiri. Semuanya bermula dari menyentuh bibir sehingga berciuman di sebalik pintu tertutup.
Menurut aktres berusia 35 tahun itu, rakannya tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana terhalang oleh ikatan kekeluargaan.
Dia tahu apa yang pak cik dia buat itu salah, tetapi dia tak boleh menjerit (bersuara) kerana itu pak cik dia!
Berapa lama dia menderita sehingga dia cukup ‘dewasa’ untuk keluar dari situasi itu.
Dalam masa yang sama, pelakon drama Nur Kasih itu turut meluahkan rasa kesal terhadap warganet yang masih menyokong tindakan pemandu bas tersebut.
Gila korang ni. Sedangkan bapa rogol anak bayi bersepah, ini kau nak pertahankan apa lagi?
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai tindakan pemandu bas sekolah berkenaan sehingga mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Nancy kemudian mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadapnya.
Media kemudian melaporkan, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Simpang Renggam, Johor kira-kira pukul 3 pagi pada Jumaat.
Akaun TikTok individu yang menggunakan nama @mohdnrhadhim dan memiliki seramai 653,300 pengikut tersebut turut di sekat.