Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTNB Pacu Masa Depan: Graduan Berkemahiran, Tenaga Kerja Berpengalaman

    TNB Pacu Masa Depan: Graduan Berkemahiran, Tenaga Kerja Berpengalaman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Melalui program Protégé-Ready to Work (Protégé-RTW), TNB bukan sahaja membantu graduan mencari kerja, tapi juga melatih mereka untuk jadi tenaga kerja profesional yang siap sedia untuk cabaran sebenar dalam industri tenaga Malaysia.

    Apa itu Protégé-RTW?

    Ha…kalau korang nak tahu, program Protégé-Ready to Work (Protégé-RTW) yang dilancarkan pada tahun 2011 merupakan inisiatif TNB untuk mengurangkan pengangguran graduan dan membentuk tenaga kerja yang berpengetahuan serta berpengalaman untuk sektor tenaga Malaysia yang sedang berkembang pesat.

    Program ini bukan sahaja membuka peluang kerja tetapi juga memberikan pengalaman dunia sebenar dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, IT, dan pengurusan. Dengan pendekatan yang menyeluruh, program ini membantu graduan memahami cabaran industri dan bersedia menghadapi realiti dunia pekerjaan.

    Best kan? Dah lebih 330 graduan program ini dah berjaya sertai TNB dan memang terbukti program ni jadi platform hebat untuk bina masa depan cerah!

    Protégé-RTW: Membentuk graduan berkemahiran tinggi dan relevan  

    Protégé-RTW menggabungkan latihan teknikal praktikal dengan pembangunan kemahiran seperti komunikasi, penyelesaian masalah, dan kerja berpasukan.

    Dengan sokongan Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS), graduan dilengkapi kemahiran yang relevan untuk berjaya dalam apa jua cabaran kerjaya.

    Protégé-RTW juga menawarkan peluang luas dari projek kejuruteraan, IT, hingga inisiatif pengurusan. Gabungan ini melahirkan profesional yang berkemahiran tinggi dan relevan dalam dunia kerja masa kini.

    Selain itu, ada juga kerjasama industri yang kukuh!

    Program Protégé-RTW memperkukuhkan lagi pengalaman peserta dengan menempatkan mereka bukan sahaja di TNB tetapi juga di anak syarikat dan sektor bekalan elektrik Malaysia.

    Ini membolehkan graduan memperoleh pendedahan langsung terhadap pelbagai cabaran dan peluang dalam industri tenaga. Program ini juga menyokong pembentukan rangkaian bakat yang luas, memberi manfaat kepada sektor tenaga secara keseluruhan dan memastikan kolaborasi yang kukuh antara TNB dan rakan industri.

    ALSO READ:  ‘Kami Bukan Minta Sedekah’ – Nadia Annuar Tampil ‘Back Up’, Nafi Adik Menangis Untuk ‘Marketing’

    Bukan tu je, siap ada sokongan padu dari segala segi untuk para peserta tau!

    TNB memahami kepentingan fokus penuh dalam latihan, sebab itulah mereka menyediakan pelbagai sokongan kepada peserta Protégé-RTW.

    Antara kemudahan yang disediakan termasuklah tempat tinggal, makanan, elaun bulanan, perlindungan kesihatan, dan kelengkapan perlindungan diri bagi mereka dalam bidang teknikal. Dengan sokongan ini, peserta dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada latihan dan pembangunan diri tanpa sebarang tekanan luar.

    Paling penting, program ini dapat melatih generasi baharu untuk masa depan hijau!

    Dengan dunia yang semakin menumpukan kepada tenaga lestari, Protégé-RTW memastikan graduan dilengkapi dengan pengetahuan tentang kecekapan tenaga dan penyelesaian teknologi hijau.

    Program ini menjadikan mereka lebih bersedia untuk menyokong transformasi tenaga hijau di Malaysia. Latihan ini bukan sahaja mempersiapkan graduan untuk peluang pekerjaan tetapi juga memberi impak positif terhadap usaha negara mencapai masa depan yang lebih hijau dan mampan.

    Jom melangkah ke hadapan bersama TNB Protégé-RTW!

    Protégé-RTW oleh TNB adalah lebih daripada sekadar program latihan dan ia adalah pelaburan masa depan. Dengan bimbingan daripada TNB ILSAS dan pendedahan teknologi terkini, TNB melahirkan generasi profesional yang bukan sahaja bersedia menghadapi cabaran kerjaya tetapi juga menyokong visi tenaga lestari negara.

    Program ini mencerminkan komitmen TNB dalam membina tenaga kerja yang berdaya saing dan progresif.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts