Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTokTi Dilabel Kurang Pandai Untuk Digelar Pakar Universiti Malaya, Ini Penjelasan Padu...

    TokTi Dilabel Kurang Pandai Untuk Digelar Pakar Universiti Malaya, Ini Penjelasan Padu Orang Akademik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) telah mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen.

    Sebilangan mereka berpendapat bahawa Siti tidak layak diberikan jawatan tersebut kerana tiada kelayakan akademik yang kukuh.

    Namun, seorang penyelidik dan pensyarah terkenal negara, Datuk Dr. Ramzah Dambul, tampil menjelaskan senario sebenar di sebalik keputusan ini.

    Menurut Ramzah, yang lebih dikenali sebagai Rem Dambul, kepakaran tidak hanya datang dari buku atau teori semata-mata tetapi juga dari pengalaman luas seseorang dalam bidang yang diceburi.

    “Pakar maksudnya seseorang yang ahli dalam sesuatu bidang, sama ada dari aspek pengetahuan atau kemahiran, atau merangkumi kedua-duanya iaitu pakar ilmu dan praktis sekali gus,” katanya.

    Beliau menekankan bahawa seseorang yang telah mengusahakan ladang durian dengan jayanya selama 20 hingga 30 tahun boleh dianggap sebagai pakar dalam perladangan, walaupun mungkin belum boleh dianggap sebagai pakar dalam agrotani secara menyeluruh.

    Ini kerana kepakaran praktikal tidak sama dengan kepakaran ilmu yang memerlukan asas saintifik yang lebih sistematik.

    Ramzah menegaskan bahawa ilmu yang diraih dari institusi pendidikan dan pengalaman kehidupan memainkan peranan penting dalam pembentukan seseorang insan. Proses pembelajaran ini berlangsung secara berterusan sepanjang hayat.

    “Kepakaran ilmu boleh dipelajari dari universiti pengajian. Kepakaran amali boleh ditimba dari universiti kehidupan. Pengiktirafan ‘ahli’ tu tidak semestinya hanya menerusi pensijilan dan pengijazahan oleh sistem pendidikan formal,” ujarnya.

    Dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat, simbiosis antara pendidikan formal dan pengalaman praktikal adalah penting.

    Ramzah, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Pembangunan Sabah, menambah bahawa pembelajaran tidak berhenti di institusi pendidikan formal tetapi berterusan hingga ke alam pekerjaan dan kehidupan sebenar.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyakat Anak Lelakinya Raih Perhatian!-“Afwa Dah tak Sayang Ibu”

    Mengulas lanjut mengenai pelantikan Siti, Ramzah menyatakan bahawa penyanyi yang sudah hampir tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni muzik dan perniagaan itu mempunyai merit tersendiri.

    “Siti Nurhaliza telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat nasional, regional dan international dalam bidang yang diceburinya, iaitu industri kreatif dan keusahawanan produk kecantikan. Semua merit itu adalah pengesahan kepada kepakarannya dalam bidang tersebut.”

    Ramzah turut mengkritik segelintir netizen yang mempertikaikan pelantikan tersebut dengan nada sinis.

    “Universiti terbaik di Malaysia telah pun memperakui kepakaran yang dimiliki beliau. Tanya diri sendiri ini pakar apa? Ya, saya tahu pakar ‘menganjing’ di media sosial pun, sejenis kepakaran juga.

    “Tapi ini bukanlah kepakaran yang penting dan strategik untuk negara. Sebab 90% netizen Malaysia sudah pun memiliki kepakaran ini. Carilah bidang lain yang masih rare (lain sikit) dan eksklusif,” katanya.

    Terdahulu, pelantikan Siti Nurhaliza sebagai pakar di UMCced untuk tempoh dua tahun telah menimbulkan kekecohan di media sosial.

    Sejumlah netizen mendakwa bahawa Siti tidak memiliki kelayakan akademik yang sesuai untuk diberikan jawatan tersebut dan berpendapat bahawa gelaran itu seolah-olah merendahkan martabat Universiti Malaya sebagai institusi pendidikan ulung negara.

    Namun, pandangan Ramzah memberi perspektif yang lebih luas tentang apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan kepakaran dan bagaimana pengalaman praktikal juga adalah satu bentuk ilmu yang sangat berharga.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts