Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTokti Luah Bakal Merindui Al-Sultan Abdullah Dan Tunku Azizah Sebagai Agong Kesayangan...

    Tokti Luah Bakal Merindui Al-Sultan Abdullah Dan Tunku Azizah Sebagai Agong Kesayangan Rakyat Dan Paling ‘Sporting’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Al-Sultan Abdullah Ri’aya­tuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, sememangnya dikenali sebagai pemerintah yang amat disayangi oleh rakyat Malaysia.

    Keaslian dan kesederhanaan baginda dalam menjalankan tanggungjawab kepemimpinan telah membuatkan beliau menjadi raja yang dekat di hati rakyat.

    Sultan Abdullah tidak begitu kekok atau menjaga ‘status diraja’, sebaliknya, beliau sering memberikan ‘Mini love’, senyuman, dan gelagat-gelagat lain yang menjadi daya tarikan tersendiri. Tindakan ini sudah cukup untuk menceriakan hati rakyat dan mencipta ikatan emosi antara pemerintah dan rakyat.

    Keakraban Agong dan Permaisuri dengan rakyat juga memperlihatkan kedekatan hubungan yang mesra. Sering kali, mereka turun dari kereta untuk bertegur sapa dengan rakyat setempat, memperlihatkan sikap yang merangkumi semua lapisan masyarakat.

    Rakyat Malaysia tidak hanya menyambut kepemimpinan Sultan Abdullah, tetapi juga menghargai keceriaan dan kebaikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tunku Azizah dikenal dengan sifat yang ramah, hobi memasak yang dipuji, dan sebagai kerabat diraja yang berjiwa rakyat.

    Sebagai contoh, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa bangga dan junjungan kasih ke atas pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.

    Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, TokTi yang juga merupakan anak jati kelahiran Negeri Pahang, turut berzahirkan rasa syukur kerana ‘dipayungi’ seorang Raja yang prihatin dan sentiasa merendah diri.

    “Menjunjung kasih Tuanku. Terima kasih di atas pemerintahan Tuanku selama lima tahun dan bakal dirindui oleh seluruh rakyat Malaysia

    “Cara Tuanku berdua mendekati rakyat, sentiasa prihatin dan kerendahan diri telah meninggalkan rasa kasih sayang mendalam rakyat,” tulisnya.

    Dalam ucapan itu juga, Siti turut mendoakan kesejahteraan dan mengucapkan selamat berangkat atas kepulangan Tuanku dan Raja Permaisuri ke Negeri Pahang Darul Makmur.

    “Semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam lindungan Allah SWT,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts