Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Tolong Ingat Ini Ruhainies, Awak Akan Rasa Apa Yang Saya Rasa”- Bella...

    “Tolong Ingat Ini Ruhainies, Awak Akan Rasa Apa Yang Saya Rasa”- Bella Astillah ‘Sumpah’ Nasib Ruhainies

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kisah cinta selebriti sering menjadi bahan perbualan hangat dalam masyarakat. Namun, tidak semua cerita berakhir dengan bahagia.

    Begitulah yang terjadi pada Bella Astillah yang baru-baru ini mendedahkan kecurangan suaminya, Aliff Aziz, dengan bukti kukuh yang terkumpul melalui rekod GPS dan perakaman dalam kereta.

    Apa yang terungkai dari bukti tersebut bukan sahaja merupakan berita yang mengejutkan warganet, tetapi juga menjawab persoalan tentang apa yang telah terjadi dalam rumah tangganya.

    Bedasarkan bukti tersebut, kata Bella, pelakon kelahiran Singapura itu dikesan telah pergi ke rumah aktres, Ruhainies sebanyak lapan kali selain didakwa jarang pulang ke rumah.

    “Kereta yang Aliff pakai adalah hadiah daripada Bella, saya tak pernah beritahu itu. Sebab itu setiap kereta yang di bawah nama saya ada GPS.

    “Bukan saya pasang untuk perhatikan pergerakan Aliff, tapi saya percaya orang lain pun pasang takut kereta hilang.

    “Aliff pergi ke rumah Ruhainies di Pavilion Suite lebih lapan kali. Kalau nak tuduh saya perangkap, kenapa saya tak buat pada kali ketiga mereka di sana?,” katanya.

    Sebelum ini, sudah ada beberapa pihak memberitahu Bella mengenai kemesraan Ruhainies yang pernah terlepas memanggil Aliff dengan gelaran manja seperti ‘baby’.

    Namun, ibu kepada dua orang anak itu cuba mengendahkan perkara itu sebelum terbukti sahabat baik yang mengetahui pergolakan rumah tangganya selama ini telah mengkhianatinya.

    “Aliff selalu tak balik rumah, tapi tak pernah saya kongsi dalam Instagram (IG). Saya mula perasan Aliff berubah selepas ‘shooting’ dengan Ruhainies.

    “Ruhainies adalah sahabat yang sentiasa mendengar keluhan saya, kami pernah bercuti ke Korea Selatan dan duduk sebilik.

    “Jadi, pada saya itu mustahil. Sebenarnya, adik dan kakak angkat ada menyatakan perkara sama dan merasakan ada sesuatu selepas melihat IG, tapi saya cakap tidak. Jangan berikan saya fikiran negatif,” dakwanya.

    Jelas Bella lagi, Ruhainies juga menipunya memaklumkan kononnya pelakon itu menetap di Four Season dan tidak mengetahui keberadaan Aliff ketika ditanya.

    ALSO READ:  Nama Adik Lelaki Bilal Membawa Maksud Yang Baik, Neelofa Dan PU Riz Rujuk Hadis Rasulullah SAW

    “Bila saya sudah mula sangsi dan nampak Aliff ke Pavilion Suite, saya telefon Ruhainies. Dia buat-buat terkejut.

    “Ruhainies kata tak tahu, tapi bila saya lihat lokasi Aliff, mereka sedang bersama. Dia juga tipu saya mengatakannya tinggal di Four Season.

    “Kalau dia sahabat saya, kenapa nak menipu? Saya bukan sekadar cakap, tapi ada bukti,” jelasnya.

    Dalam suasana bulan Ramadan yang penuh berkat, Bella menyerahkan segala persoalan dan dugaan kepada kuasa Ilahi.

    Dia percaya bahawa kebenaran akan terbongkar pada masanya, dan pengkhianatan yang dialaminya tidak akan luput dari perhatian Allah SWT.

    Pesanannya kepada Ruhainies juga menegaskan bahawa karma akan membalas pada masa yang tepat, dan pengkhianatan yang dilakukan tidak akan luput dari pembalasan.

    “Kepada Ruhainies terima kasih banyak-banyak. Sebab awak, anak-anak saya kehilangan bapa. Terima kasih juga Aliff sanggup menipu untuk nampak awak tidak salah.

    “Segala bukti yang ada dalam telefon saya, Aliff tahu lagi besar. Tapi mungkin Ruhainies sudah ‘brainwash’ hanya untuk selamatkan dirinya sahaja.

    “Saya percaya dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kuasa Allah sangat besar. Ruhainies pun belum pernah berkahwin, belum jadi isteri dan ibu.

    “Suatu hari nanti tolong ingat ini Ruhainies, awak akan rasa apa yang saya rasa,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts