Penyanyi Tom membuat pendedahan bahawa wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menghubungi suaminya, Fuad Rahman.
Artikel berkaitan: ‘Nak Ada Lagi Sorang Kena Terus Kahwin’ – Tak Mahu Suami Berlaku Curang, Tom Bagi ‘Lesen’ Fuad Rahman Beristeri Dua
Artikel berkaitan: Sering Diganggu Peminat Perempuan & ‘Sh*male’, Fuad Rahman Minta Netizen Hormat Tom – ‘Isteri Saya Boleh Baca, Dia Mengandung’
Minta tolong bantuan Fuad
Menerusi hantaran di Instagram, Sarah ingin meminta bantuan Fuad untuk membantu Aliff dengan meninggalkan mesej dan menghubunginya berkali-kali.
Menurut Tom, dia menegaskan bahawa dia dan Fuad tidak mahu masuk campur dalam urusan kehidupan orang lain.
Alamak kenapa pula Sarah Yasmine mesej laki aku? Fuad beritahu saya dia dapat mesej dan dia call banyak kali.
Sarah Yasmine, kitaorang tak nak masuk campur, Fuad tak nak masuk campur hal apa yang terjadi sekarang ni. Kes viral ni kitaorang tak nak masuk campur.
Kitaorang ada masalah kitaorang sendiri, baju pun tak berlipat lagi. Jadi kitaorang banyak masalah sendiri yang kami sendiri pun sakit kepala nak uruskan.
Fuad tak nak masuk campur hal-hal orang lain. Tolong berhenti mesej suami saya dan berhenti hubungi suami saya. Ini amaran daripada saya. Kami tak nak masuk campur, tolong.
Mesej Fuad pada tahun 2022
Sementara itu, Tom juga mendedahkan Sarah ada menghubungi Fuad sejak dari tahun 2022 lagi.
Apa hal kau ni? Dari 2022 sampai Isnin lepas DM, call-call laki aku?