Penyanyi Tomok berasa terhibur selepas membaca semula sebuah berita lama yang disiarkan pada tahun 2000 apabila ada peminat yang marah jika dia menjalin hubungan cinta dengan rakan seindustri, Siti Nordiana.
‘Peminat marah’
Menerusi hantaran di Instagram, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 40, berseloroh meminta peminat yang dimaksudkan dalam berita terbabit untuk tampil mengaku dirinya.
Siapalah agaknya peminat-peminat yang marah dulu ini. Baik korang mengaku cepat. Ini zaman majalah MANGGA ni memang tak boleh lupa lah.
Bagaimanapun kata pelantun lagu Arjuna itu, kejadian tersebut sudah lama berlaku dan percaya peminatnya pada masa kini lebih matang.
Headline pun korang boleh tengok sendiri. Kalau setakat kena baling telur semua tu dah biasa ya. Siapalah punya kerja itu. Tapi itu dulu kan, kalau 2024 ni semua dah okay kan?
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen turut berasa terhibur melihat berita tersebut.
Berita yang disiarkan dalam sebuah majalah tempatan itu menyatakan gandingan Tomok dan Siti Nordiana hanya untuk tujuan sesi fotografi semata-mata. Malah, meminta peminat kedua penyanyi itu agar tidak salah faham.