Biasalah dah nama selebriti, apa sahaja yang digunanya pasti mencuri tumpuan. Seperti pelakon cantik Eyka Farhana baru-baru yang live di media sosial sambil membuat rutin kecantikan. Dalam pada sedang seronok bercerita tentang pembantu rumahnya, mata netizen tertumpu pada langkah dia mengelap muka.
Menggunakan toner pad jenama Medicube untuk kulit bersih bebas jerawat dan bintik hitam, siapa sangka itu rahsia kecantikan Eyka Farhana.
Disebabkan itu, jenama Medicube menjadi viral. Ramai cuba mendapatkan di Watsons, tapi malangnya laku keras sampai habis di mana-mana cawangan Watsons.
Adakah Medicube Zero Pad berkesan seperti yang dicanangkan? Produk ini hebat dalam melicinkan kulit yang kusam dan kasar, menawarkan penyelesaian yang menyegarkan. Kulit berminyak akibat sebum berlebihan? Pad ini boleh melindunginya, memberikan keseimbangan yang membuatkan kulit kamu berasa bersih, daripada kekotoran bintik hitam dan putih yang berterusan.
Jadi, pada kamu yang nak menghilangkan bintik hitam dan putih, mengecilkan liang pori, cuba pakai Medicube Zero Pad. Melihat pada review juga ramai bersetuju dan mengakui keberkesanannya. Rata-rata mencapai kulit wajah licin berkaca yang mereka idamkan, ala-ala selebriti Korea, dalam tiga minggu penggunaan.
Untuk yang kulit sensitif mudah berjerawat juga, Medicube Zero Pad boleh merawatnya. Toner pad ini diselitkan dengan Salicylic Acid(BHA) + AHA + bahan penjagaan pori yang dipatenkan untuk membantu mengelupas sel kulit mati, membersihkan sebum dan meminimumkan rupa pori.