Siapa yang mengikuti trend kecantikan Korea, pasti tahu tentang toner pad. Sekarang tengah musim toner pad, semua orang mencari jenama yang terbaik untuk kulit mereka. Mediheal, Medicube, Torriden, Numbuzin, adalah antara jenama pilihan pengguna untuk toner pad.
Sebelum ini, penulis telah menceritakan kenapa ramai orang sekarang menggunakan toner pad. Fungsinya mampu mengecilkan liang pori, menghilangkan bintik hitam dan putih, sehingga kulit menjadi bersih berkilat, itulah sebab ramai menyukai toner pad.
Hingga pelakon terkenal Han So Hee juga menggunakan toner pad dalam rutin kecantikan harian. Sebagai seorang selebriti, apa yang digunakan pasti akan menjadi viral, sehingga menjadi produk terlaris dan terbaik di Korea. Pastinya, ramai ingin tahu toner pad mana yang digunakan oleh Han So Hee?
@iamliltay Ep. 1 | Toner Pad Hunting using Han So Hee’s pick of Skinfood’s Carrot Carotene Water Pads 🥕 (yes, it’s on Amazon) #kbeauty #tonerpads #skinfoodcarrotcarotene #hansohee
Carrot Carotene Calming Water Pad dari Skinfood adalah pilihan peribadi Han So Hee.
Produk ini diklasifikasikan untuk memberi kelegaan dan menenangkan kulit, padat dengan ekstrak lobak merah dan minyak biji lobak merah yang kaya dengan beta-carotene dan antioksidan untuk melembapkan kulit sambil menenangkan kulit yang sensitif dan kering. Selain itu, ia menyediakan mineral, nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk meninggalkan kulit yang sihat dan segar.
Nak cuba, dapatkan di pasaran sekarang. Jom kita cantik sama-sama!