Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai seorang “anonymous” yang meluahkan perasaannya untuk membalas dendam menggunakan sihir/santau kepada beberapa orang yang pernah membuli dan mengejek fizikalnya.
Ujar individu tersebut, dia berasa puas hati apabila orang itu berada dalam keadaan sengsara. Seramnya!
Perempuan ilmu hitam
Perbuatan buli dan tindas ini salah di sisi undang-undang. Sesetengah orang mengambil langkah menggunakan bantuan syaitan durjana untuk membalas dendam. Geram, sedih dan rasa dikhianati menjadi dendam kesumat yang tersemat di dalam hati.
Seperti drama terbaru Tonton, Perempuan Ilmu Hitam menceritakan tentang tiga gadis iaitu Sara, Lisa and Afifah yang menjadi mangsa rogol tiga lelaki durjana tetapi tidak diketahui identiti mereka. Kerana nafsu serakah, tiga gadis itu menjadi mangsa rogol. Mereka dikhianati undang-undang kerana tiga lelaki durjana itu mempunyai pengaruh.
Drama Perempuan Ilmu Hitam ini dibintangi Siti Hariesa sebagai Lisa, Chacha Maembong sebagai Afifah, Fify Azmi sebagai Sara, Didie Alias sebagai Mbah Nira, Josiah Hogan sebagai Azhar, Syazwan Zulkifly sebagai Bakry dan Nazim Othman sebagai Cairyl.
Korang boleh strim Perempuan Ilmu Hitam sekarang melalui Tonton pada setiap hari Khamis! Strim secara percuma, Langgan lagi layan!