Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTony Eusoff Belum Terfikir Nak Kahwin, Mahu Fokus Jaga Ibu – ‘Dia...

    Tony Eusoff Belum Terfikir Nak Kahwin, Mahu Fokus Jaga Ibu – ‘Dia Duduk Seorang Di Kampung’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon hebat, Tony Eusoff mendedahkan dirinya masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini.

    Mahu fokus jaga ibu

    Ketika ditemui , Anthony Joseph anak Hermas Rajiman berkata, keputusan itu diambil kerana dia mahu memberikan sepenuh fokus menjaga ibunya yang berada di kampung.

    Saya masih belum terfikir nak kahwin sekarang ini, sumpah. Fokus saya adalah untuk ibu saya sebab dia duduk seorang di kampung.

    Saya anak sulung dan dua beradik sahaja dengan adik saya. Jadi saya dan adik kena gilir-gilir pulang ke Sarawak untuk tengok ibu.

    Ibu saya pula tak nak datang ke Semenanjung jadi dalam setahun itu saya akan ulang alik ke Sarawak sebanyak enam kali.

    Tony berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada pada sidang media filem ‘The Experts’ yang diadakan di Slate @ The Row, Chow Kit, Kuala Lumpur.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun ini memaklumkan dirinya tidaklah berputus asa dalam mencari jodoh namun kehadiran rakan-rakan di sisi membuatkannya rasa sentiasa disayangi dan dihargai.

    Nak kata putus asa itu tidaklah. Mungkin tahun depan, mungkin 10 tahun akan datang baru saya akan bertemu jodoh.

    Kita tak tahu masa depan macam mana, never say never.

    Tapi saya rasa bersyukur sebab saya tidak kesunyian sebab adanya kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan selalu ada untuk saya.

    Jadi saya rasa bersyukur saya masih disayangi ramai meskipun saya masih belum berumah tangga.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts