Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, baru-baru ini berkongsi perjalanan peribadinya dalam usaha menurunkan berat badan yang amat memberi inspirasi. Dalam satu kenyataan yang menyentuh hati, beliau mengungkapkan hasratnya untuk mencapai berat badan ideal pada tahun 2025, selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram setakat ini.
Menurut Tony,
“Permintaan untuk tahun 2025 adalah untuk meneruskan usaha saya untuk menjadi kurus. Saya boleh kongsikan kepada media Malaysia di sini bahwa saya telah turun dari 103kg kepada 91kg. Tetapi saya perlu turun sekurang-kurangnya menjadi 84kg. Jadi saya harap anda akan menyokong saya dan saya akan kelihatan kurus seperti anda! Sesetengah daripada anda tidak begitu kurus, sesetengah daripada anda sangat kurus.”
Perjalanan Berat Badan yang Mencabar
Tony Fernandes yang kini berusia 60 tahun, mengakui bahawa perjuangannya untuk menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai seorang individu yang sibuk dengan perniagaan, beliau mengakui bahawa menjaga gaya hidup sihat seringkali menjadi cabaran. Namun, selepas mencatatkan berat badan mencecah 103 kilogram pada beberapa tahun lalu, beliau memutuskan untuk mengambil langkah tegas demi kesihatan dan kesejahteraan diri.
Dengan pendekatan yang lebih fokus terhadap diet seimbang dan senaman, Tony kini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram. Namun, beliau tidak mahu berpuas hati begitu sahaja dan menyasarkan untuk menurunkan lagi berat badan sebanyak 7 kilogram dalam tempoh yang akan datang.
View this post on Instagram
Status PN17
Dalam pada itu, Tony juga berharap pada tahun 2025, AirAsia Group akan menjadi syarikat baharu dan Capital A keluar daripada status PN17. Katanya, Capital A Bhd dijangka keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama tahun depan selepas menyerahkan cadangan pelan regularisasinya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini.
“Pelan regularisasi itu adalah untuk mengukuhkan lembaran imbangan kami dengan menghapuskan kerugian yang ditanggung semasa pandemik COVID-19 dan mencerminkan nilai sebenar aset pendasar kami dalam Capital A.”- tambahnya lagi“Saya berharap menjelang Februari atau Mac (tahun depan), AirAsia Group akan menjadi syarikat baharu dan Capital A keluar daripada status PN17.
Dengan sikap yang positif dan tekad yang kuat, Tony Fernandes terus berusaha untuk mencapai sasaran misi yang telah ditetapkan. Usahanya bukan sahaja memberi inspirasi kepada dunia perniagaan, tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat. Semoga dengan sokongan yang diterima, beliau akan berjaya mencapai impian dan harapan pada 2025.