Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentToyota Gazoo Racing GT Cup Kembali, Ini Peluang Korang Untuk Mewakili Malaysia...

    Toyota Gazoo Racing GT Cup Kembali, Ini Peluang Korang Untuk Mewakili Malaysia Di Peringkat Dunia!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kejohanan terkemuka Toyota Gazoo Racing GT Cup kembali untuk tahun ketujuh! Acara eSports super popular ini berjaya meraih perhatian peserta daripada seluruh Malaysia sejak mula diperkenalkan pada 2018.

    Untuk tahun ini, Toyota Gazoo Racing GT Cup tampil selangkah kedepan dengan memberi ruang untuk peserta bertuah buat bertanding di pusingan akhir pada peringkat global!

    Tawar hadiah sehingga RM120,500!

    Yes, korang tak salah baca! Hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah sebanyak RM120,500!

    Kehebatan serta kelajuan peserta bakal dinilai melalui permainan video Gran Turismo.

    Pemenang bertuah di tempat pertama layak untuk membawa pulang RM25,000, manakala tempat kedua RM15,000, sementara tempat ketiga sebanyak RM12,000.

    Ketiga-tiga peserta di kedudukan teratas juga bakal dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Kelayakan Serantau Asia Toyota Gazoo Racing GT Cup.

    Kemudian pemenang utama peringkat asia bakal menentang pelumba sim terbaik dunia bagi meraih gelaran juara di Pusingan Akhir Global! Fuhh

    Buat korang yang berusia 14 tahun dan ke atas yang berminat nak jadi sebahagian daripada peserta Toyota Gazoo Racing GT Cup korang boleh ‘cuba nasib’ pada peringkat kejohanan yang berlangsung dari 22 sehingga 30 Jun ini.

    Lokasi dan perincian penuh kejohanan boleh didapati di SINI.

    Rasai kehangatan pusingan akhir di Sunway University

    Buat korang yang nak rasai kehangatan Toyota Gazoo Racing GT Cup tanpa bertanding, korang boleh berbuat demikian dengan meluangkan masa di Sunway University pada 27 dan 28 Julai nanti.

    Sepanjang perlawanan akhir ini, pengunjung masih boleh merasai keturajaan sebagai ‘pelumba esport’ dengan mencuba simulator racing.

    Haa.. Bolehlah korang uji kemahiran di litar lumba maya berkelajuan tinggi, siapa tahu ada bakat? xD

    ALSO READ:  Cium & Minum Air Cuci Kaki Ibu ‘Rahsia’ Rizki Juniansyah Menang Emas Di Olimpik

    Eksklusif sepanjang acara berlangsung, para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi model kereta Tomica premium serta barangan Toyota GR!

    Tapi kalau tak menang, jangan sedih guys sebab barangan tersebut juga terbuka untuk pembelian! Kena standby duit je :))

    Boleh juga tonton secara online

    Buat korang yang tak berkesempatan untuk ke Sunway University, jangan risau sebab korang boleh menonton peringkat akhir Toyota Gazoo Racing GT Cup secara online melalui live streaming di kesemua laman media sosial mereka.

    Min yakin korang mesti dapat rasa adrenaline yang sama seperti pelumba esport walaupun tonton secara livestream

    Ayuh tonton Toyota Gazoo Racing GT Cup secara livestream!

    Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum perlumbaan Toyota Gazoo Racing GT Cup peringkat akhir bermula.

    Anda boleh tonton livestream perlumbaan penuh debaran ini bermula 27 Jun 2024 jam 11 pagi menerusi Facebook rasmi Toyota dengan klik di SINI.

    Selamat berlumba!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts