Seorang remaja perempuan dilaporkan maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Marina, Miri, Sarawak pada awal pagi Selasa.
Kepala putus, otak bersepai
Memetik laporan Utusan Borneo, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mangsa, 19, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar beberapa batang pokok di bahu jalan.
Difahamkan, motosikal mangsa terbelah dua sehingga mengakibatkan mangsa terpelanting. Menurut sumber, kepala mangsa turut terputus dua dan beberapa organ dalaman telah terkeluar.
Susulan daripada kejadian, mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Mayat kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.