Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTuju Tak Suka Kongsi Kisah Peribadi Kepada Umum, Hanya Luah Dalam Karya

    Tuju Tak Suka Kongsi Kisah Peribadi Kepada Umum, Hanya Luah Dalam Karya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas anggota K-Clique, Tuju mengakui bahawa dia tidak suka berkongsi kisah kehidupan peribadinya kepada media atau rakan dan juga orang luar.

    Luah cerita hidup dalam lagu

    Menerusi temu bual bersama Tuju atau nama sebenarnya Mohd Azree Shah Awang Zamree berkata, dia selesa berkongsi segala luahan peribadinya itu di dalam karya lagu yang dihasilkan. Tambah Tuju, dia bakal muncul dengan single solo terbaharu ‘Aku Ingin’ buat peminatnya.

    Saya tidak suka berkongsikan ‘personal life’ kepada media, atau pun rakan serta orang luar. Tapi, saya suka jadikan ‘personal’ itu di dalam karya saya.

    Jadi, single terbaharu (Aku Ingin) saya ini menceritakan ke mana saya pergi selama dua tahun ini yang mungkin ada orang di luar sana bertanya-tanya. Itulah luahannya.

    Ia sebagaimana lagu BNKR nyanyian TujuLoca sebelum ini yang saya menceritakan kenapa keluar daripada kumpulan (K-Clique). Saya tidak suka mengangkat telefon (jika dihubungi media).

    Saya mohon maaf kepada media yang pernah menelefon dan mencari saya. Minta maaf, bukan apa sebab saya lebih suka hanya mempersenikan karya berbanding peribadi seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

    Berbicara lebih lanjut, Tuju memberitahu dia lebih rasa menghargai sekiranya media membantu mengangkat karya seninya berbanding berkongsi isu-isu yang kurang baik. Ujar Tuju, tidak elok sekiranya anak-anak muda mendengar perkara yang tidak baik.

    Bagaimanapun, sekiranya ada juga media ingin bertanya apa-apa kepada saya, boleh berurusan dulu dengan pengurus, Kak Su dan insyaAllah, saya boleh saja menjawabnya jika soalan itu sesuai.

    Cuma, saya tidak akan menjawab soalan yang kurang menyenangkan atau tidak baik. Pada saya, lebih baik mengelaknya (beri jawapan) daripada kita melanggar ‘sempadan’ yang diletakkan itu.

    Disoal sama ada bimbang atau tidak apabila lagu luahan perasaan tersebut akan membuat ada pihak lain rasa disindir, Tuju secara spontan menjawab, dia sentiasa ‘menutup’ karya lagunya dengan baik dan ke arah inspirasi, namun sekiranya masih ada terasa hati, itu di luar kawalannya.

    ALSO READ:  SZBLOOMS Anjur Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka, Hias Meja Gaya Eksklusif Ala Che Ta!

    Terdahulu, Tuju ditemui media ketika hadir pada sambutan majlis rumah terbuka anjuran Warner Music Malaysia, Raikan Raya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, di sini, baru-baru ini.

    Difahamkan Tuju ‘angkat kaki’ daripada K-Clique untuk bergerak solo sejak dua tahun lalu dan setakat ini, dia juga sudah muncul dengan album solo pertama, manakala album kedua kini dalam proses pembikinan iaitu kira-kira 90 peratus sudah siap.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts