Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Tujuh Tahun yang Lalu, Saya Mulai Mendalami Islam’ – Kenji Sawahi

    ‘Tujuh Tahun yang Lalu, Saya Mulai Mendalami Islam’ – Kenji Sawahi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Kenji Sawahi, memberitahu dia sudah belajar mendalami agama Islam kira-kira tujuh tahun lalu bersama sahabat baiknya yang juga seorang ustaz.

    Belajar sejak tujuh tahun lalu

    Menerusi laporan Harian Metro, Kenji atau nama sebenarnya, Lim Boon Wah, berharap dia akan memperoleh hidayah daripada Allah. Tambahnya, dia belajar mendalami Islam dengan kerelaan hati kerana amat berminat dengan agama itu serta tertarik dengan sikap hormat-menghormati orang Melayu di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.

    Saya sudah belajar mendalami Islam sejak tujuh tahun lalu. Apa dilakukan ini dengan kerelaan hati saya dan sekiranya masuk Islam suatu hari nanti, saya percaya tiada halangan daripada keluarga kerana mereka faham ini hak saya nak memilih agama apa sebagai pegangan kekal.

    Berbicara lebih lanjut, Kenji berkata, dia dibesarkan oleh datuk dan nenek yang tinggal dalam perkampungan orang Melayu serta orang Siam di Perlis kerana ibu bapanya adalah pelakon opera Cina yang membuat persembahan di seluruh negara.

    Keluarga saya yang membuka kedai runcit adalah satu-satunya berbangsa Cina di situ. Jadi, saya sudah terbiasa dan didedahkan dengan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat di kampung itu, termasuk tiada masalah juga orang Cina seperti saya datang dan masuk ke masjid kerana diundang sendiri oleh imam.

    Datuk dan nenek saya juga amat menghormati agama Islam apabila di luar dan dalam rumah kami tidak dibenarkan bawa masuk serta makan daging khinzir.

    Sebabnya, datuk dan nenek tidak mahu ada kekotoran dan rasa kurang selesa orang Melayu untuk datang ke kedai kami.

    Dari situ, saya sebenarnya sudah terbiasa dengan Islam dan sifat ingin tahu untuk mendalami agama ini (Islam) berterusan sampai sekarang dan semoga harapnya ada rezeki untuk saya memperoleh hidayah daripada Tuhan.

    ALSO READ:  Nora Danish dan Elisya Sandha Berjaya Menurunkan Berat Badan!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts