Malang tidak berbau apabila penyanyi Syamel terlibat dalam kemalangan kecil sewaktu bermain futsal pada Sabtu sehingga mengakibatkan tulang selangkanya retak.
Tulang selangka retak
Menerusi hantaran di Instagram Story, Syamel, 33, bagaimanapun bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan serius yang dialami.
Collarbone (tulang selangka) retak. Nasib tidak menyebelahi permainan futsal semalam. Tapi nasib baik stabil dan tulang itu tidak patah dua.
Nasihat saya kepada kawan-kawan yang main sukan secara hobi dan bukan Olimpik, kita main sekadar keluar peluh.
Dalam pada itu, Syamel turut berkongsi foto memperlihatkan keadaan tanggannya yang sudah berbalut selepas mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.
Rehat 2 minggu
Sementara itu, isteri kepada Syamel, penyanyi Ernie Zakri memaklumkan doktor memberitahu suaminya perlu berehat selama dua minggu.
Main futsal katanya, tahu-tahu balik rumah cedera. Semoga cepat sembuh. Doktor minta rehat dua minggu, harap cepatlah proses penyembuhan.
Main futsal itu mainlah, kalau beriya main macam nak rebut piala, lebih baik jadi pemain futsal profesional.
Kadang kita hati-hati tapi orang lain yang tak hati-hati. Saya bebal dekat suami saya.