Baru-baru ini, tular satu foto memaparkan seekor kucing tergantung dan terseret pada bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Tular kucing tergantung belakang kereta
Susulan daripada itu, rata-rata wargamaya meluahkan rasa geram dan kesal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan individu terbabit.
Namun tidak lama selepas itu, seorang individu yang dipercayai pemilik kucing terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat dan menafikan melakukan penderaan ke atas haiwan tersebut.
Sebaliknya menjelaskan bahawa kucing tersebut telah melompat keluar dari kereta sehingga tergantung seperti foto yang tular itu.
Saya telah masukkan kucing ke dalam kenderaan milik rakan untuk dibawa ke klinik. Setiba di klinik, saya terkejut kerana kucing tersebut telah melompat keluar dan tergantung. Saya terus buka tali dan selamatkan kucing tersebut.
Meskipun telah membuat laporan polis dan menafikan perkara itu namun rata-rata wargamaya masih meragui penjelasan daripada individu terbabit.
Mereka meminta agar pihak berwajib menjalankan siasatan lebih terperinci berhubung kes ini selain mengenakan hukuman yang setimpal kepada mana-mana individu yang menganiaya haiwan.
Laporan polis
Respon netizen