Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel tampil bersuara berhubung kes buli yang sekali lagi melibatkan seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
‘Melingkup ja lah tempat ini’
At this point;
Melingkup sajalah tempat ni.
Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa.Jangan datang dekat aku dan kata aku takkan faham tradisi sesebuah institusi.
Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ni.
Dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?
— Ucop (@naimdanielx) November 11, 2024
Menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi X, pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin memaklumkan adalah tidak masuk akal untuk sebuah institusi pengajian tinggi terlibat dengan kes buli yang mengakibatkan kecederaan serius berkali-kali sejak kebelakangan ini.
At this point, melingkup sajalah tempat ni. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa.
Jangan datang dekat aku dan kata aku tak akan faham tradisi sesebuah institusi.
Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ini dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?
Imbas kembali, seorang Pegawai Kadet Laut iaituj Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain maut selepas teruk dipukul dan diseksa menggunakan seterika wap gara-gara dituduh mencuri komputer riba, tujuh tahun lalu.
Sehinggalah pada 23 Julai lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti UPNM yang didapati bersalah mengakibatkan kematian kepada Allahyarham Zulfarhan.
Terbaharu, seorang penuntut tahun satu UPNM cedera parah serta retak pada bahagian tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior.
Difahamkan, mangsa telah dipijak oleh pelajar senior tahun tiga dalam satu kejadian yang berlaku pada 21 Oktober lalu.