Baru-baru ini tular kisah mengenai seorang lelaki beragama Islam mengaku dirinya seorang murtad ketika bersiaran langsung di platform media sosial, TikTok.
Isu tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen termasuk pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed.
Respon PU Syed
View this post on Instagram
Menerusi sedutan video tular itu, seorang lelaki yang memakai tshirt berwarna merah memberitahu bahawa dia ingin keluar daripada agama Islam dan tidak mahu menganut mana-mana agama.
Dia nekad berbuat demikian kerana mendakwa dirinya sering menerima ujian daripada Allah SWT sejak kecil sehinggalah dia dewasa.
Kenyataan yang dikeluarkan lelaki ini mengejutkan orang ramai termasuk 265 penonton yang menonton sesi live berkenaan.
Susulan daripada isu tular itu, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak meminta agar pihak berwajib mengesan keberadaan individu terbabit kerana kenyataan yang dikeluarkan itu membabitkan akidah.
Minta pihak berkuasa terbabit cari anak muda ini untuk betulkan kembali akidahnya. Beliau secara terbuka mengaku murtad.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar ada pihak yang boleh membantu lelaki ini memandangkan dia dilihat berada dalam keadaan kurang baik.
Kenapa salahkan Islam dik. Adik hidup senang baru adik percaya Islam ke? Allah uji kita semua ni, sabar
Allah uji tanda Allah sayang
Laki hilang kewarasan saat dia sedang marah, jadi kita doakan supaya brother ni cepat2 la bertaubat ya
Nabi pun Allah uji dan Nabi diangkat setinggi-tinggi manusia kerana melepasi ujian Allah.
Dia perlukan bimbingan