Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTular Video Peniaga Dakwa Penguat Kuasa Makan Rasuah, Ini Respon Altimet

    Tular Video Peniaga Dakwa Penguat Kuasa Makan Rasuah, Ini Respon Altimet

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan perbalahan yang berlaku membabitkan peniaga gerai makanan dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

    ‘Laporan polis telah dibuat oleh MPAJ’

    Menerusi video yang dikongsikan, seorang peniaga mendakwa penguat kuasa MPAJ berat sebelah ketika menjalankan operasi penguatkuasaan.

    Individu itu turut mendakwa terdapat peniaga lain yang terlepas daripada dikenakan kompuan selepas menggunakan lesen pihak ketiga. Selain mendakwa ada seorang pegawai bernama ‘Hisham’ menghubunginya meminta ‘duit kopi’ (rasuah).

    Isu yang tular itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet.

    Menurut Altimet, MPAJ telah membuat laporan polis berhubung kejadian selain pihaknya akan membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) Negeri.

    Operasi penguatkuasa keluarkan kompaun kepada peniaga yang gajikan pekerja asing.

    Dakwaan pemilik bukan warganegara dan disemak, tak benar.

    Betul, kalau ada salahguna kuasa atau rasuah, tindakan kena diambil.

    Apa yang jadi sekalipun, jangan kasar mengasari. Ada dakwaan penguatkuasa disentuh dalam insiden ini. Ini perlu dibuktikan.

    Memetik laporan Sinar Harian, Yang Dipertua MPAJ iaitu Dr Ani Ahmad meminta pengadu melampirkan bukti jika wujud amalan rasuah dalam kalangan penguat kuasa seperti didakwa.

    Operasi yang dijalankan adalah berdasarkan aduan, dan penguatkuasaan dijalankan mengikut peruntukan sedia ada meliputi pelanggaran syarat lesen termasuk tambahan struktur tanpa kebenaran serta menggajikan pekerja asing.

    Tambahnya lagi, maklumat lanjut berhubung kejadian dimaklumkan dalam masa terdekat.

    ALSO READ:  Aliff Teega Mohon Doa Orang Ramai Buat Isteri Menanti Detik Kelahiran, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Berlakulah Adil Terhadap…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts