Seorang wanita berstatus ibu ditahan polis selepas mengaku cuba membunuh anak tirinya dengan menggunakan racun tikus, dalam satu kejadian di Indonesia.
Ibu racun anak tiri
Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang berusia 36 tahun itu telah mencampurkan racun tersebut ke dalam kopi sebelum dia memberikan minuman tersebut kepada mangsa.
Tidak lama kemudian, racun tersebut mula menunjukkan tindak balas sehingga mengakibatkan mangsa menggelupur dan terbaring di atas lantai rumah. Malah menerusi video yang dikongsikan, kelihatan mangsa dalam keadaan lemah sedang menahan kesakitan.
Difahamkan, mangsa kemudian dikerjarkan ke rumah sakit untuk menerima rawatan lanjut manakala suspek telah dibawa ke dalam sebuah kenderaan sambil disoal siasat.