Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTular Video Wanita Dicerai Ketika Live TikTok – ‘Suami Kahwin Lain Tanpa...

    Tular Video Wanita Dicerai Ketika Live TikTok – ‘Suami Kahwin Lain Tanpa Pengetahuan, Mereka Suka Provok Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang peniaga kosmetik dalam talian mendakwa telah diceraikan oleh suaminya ketika sedang melakukan siaran langsung di TikTok.

    Dicerai ketika live TikTok

    @arshaff.ars Tan hassan cerai wanie.waniey mustapha semoga tabah dan bangkit.ore jate klau nok ko tino lain pah duk buruk bini tuo jate tuh meme xleh pakai mno.kore gih la support kak waniey nego nuh #tanhassanceraiwanie #tanhassanceraiwanieymustaphadalamlive #tanhassan #cerai ? original sound – jhandut cah blora


    Memetik laporan Harian Metro, wanita terbabit yang dikenali sebagai Nur Hazwani Mustapha, 37, berkata, telah berlakunya pergaduhan antara dirinya dan suami sehingga lelaki itu nekad melafazkan talak ketika sedang bersiaran langsung.

    Ketika itu kami bergaduh dan berlaku provokasi antara kami sebelum suami melafazkan cerai kepada saya.

    Suami kahwin dengan wanita (lain) itu lebih tiga bulan lalu atau April lalu disyaki di Thailand tanpa pengetahuan saya. Pada mulanya, saya mahu menerima ‘madu’, namun disebabkan mereka suka perli dan membuat provokasi, jadi saya tidak bersetuju dengan perkahwinan kedua suami.

    Suami juga seolah-olah lebih sayangkan isteri kedua berbanding saya sebagai isteri pertama sehingga hati saya menjadi tawar.

    Bercerita dengan lebih lanjut, ibu kepada empat anak itu akui sebelum ini dia sanggup berhenti kerja sebagai anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mahu menjadi suri rumah sepenuh masa.

    Demi suami, saya sanggup berhenti kerja kerana mahu berada di sisi suami, namun selepas 10 tahun ini yang saya dapat. Ketika awal perkahwinan, saya sanggup hidup susah bersamanya sehingga kehidupan kami berubah ke arah yang lebih baik, tetapi ini balasan saya dapat

    Walaupun diceraikan ketika sedang bersiaran langsung dengan 3,000 orang yang sedang melihatnya, namun saya reda dan mahu meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

    Reda dengan takdir Allah SWT, Hazwani mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aliff Aziz Merayu, Menangis Tak Nak Putus Hubungan Dengan Sarah Yasmine – ‘Sumpah Awak Dah Tak Sayang Saya?’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts