Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTunai Ibadah Korban & Sedekah Secara Dalam Talian, Apa Kata Mufti Menk?

    Tunai Ibadah Korban & Sedekah Secara Dalam Talian, Apa Kata Mufti Menk?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ibadah korban dan sedekah merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut dalam Islam.

    Namun begitu masih ramai yang tidak tahu, bahawa banyak saluran dan kaedah telah disediakan untuk melaksanakan kedua-dua ibadah tersebut.

    Ada juga yang meragui dan tertanya-tanya mengenai kesahihan melakukan ibadah korban apabila membeli bahagian korban dan bersedekah secara dalam talian.

    Mufti Menk, perjelas faedah korban dan sedekah melalui teknologi.

    Berinfaq dengan tujuan kebaikan merupakan satu ukuran kejayaan.

    Bahkan Allah S.W.T menyebut tentang orang yang berinfaq dengan tujuan kebaikan adalah golongan mereka yang berjaya menjaga akhirat.

    “Apa yang membuatkan saya ingin memberi? Saya sendiri pun tak tahu, melainkan Allah telah mengurniakan rasa ihsan kepada saya dan dalam masa yang sama mengarahkan saya untuk berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Ini membuka jalan untuk saya ke syurga”, jelas mufti Menk

    Tambah mufti Menk lagi, jika saya pergi dan ingin melakukan ibadah korban secara fizikal akan ada pihak lain yang mengatakan bahawa memberikan dana adalah lebih baik.

    Hal ini kerana, lebih banyak yang boleh dicapai melalui pemberian dana berbanding melakukannya secara fizikal dan hujahnya itu adalah benar.

    Justeru itu, menggunakan teknologi adakalanya lebih baik daripada melakukannya secara fizikal.

    Jadi, why not korang tunai ibadah korban melalui MyQurban.

    MyQurban sediakan cara mampu milik tunai ibadah korban.

    Menerusi kempen MyQurban, Maybank Islamic kini menyediakan cara mudah dengan kos mampu milik buat pelanggan mereka yang mahu menunaikan ibadah korban.

    Selain itu, ia juga peluang untuk menyumbang dan membantu misi kemanusiaan di Palestin melalui usaha sadaqah.

    Tambahan pula, kempen MyQurban ini menyediakan lebih fleksibiliti untuk korang berkongsi rezeki dan melaksanakan ibadah korban.

    ALSO READ:  Muaz Zabir Masih Berahsia Siapakah Pemilik Tangan – ‘Kalau Bella Sekali Pun, Dia Sekarang Bukan Isteri Orang’

    Lagipun, banyak kelebihan melaksanakan ibadah korban dengan MyQurban.

    Berikut adalah sebahagian kelebihannya.

    1. Diskaun RM20

    Maybank Islamic menawarkan diskaun RM20 bagi setiap pesanan korban yang dibuat melalui kempen MyQurban.

    Tiada had yang dikenakan ke atas diskaun ini. Ianya adalah tanda penghargaan Maybank Islamic buat pelanggan mereka.

    2. Sadaqah (Crowdfunding)

    Bukan itu sahaja, MyQurban juga menyediakan inisiatif ‘crowdfunding’ atau kempen Sadaqah untuk menggalakkan orang ramai melakukan ibadah korban sambil menjayakan misi bantuan kemanusiaan Palestin.

    Melalui inisiatif ini, pihak Maybank Islamic akan memadankan setiap pesanan bahagian korban yang dilakukan dengan jumlah sumbangan Sadaqah melalui ‘matching contribution’.

    Sebagai contoh, jika 20,000 bahagian Qurban yang dipesan maka, Maybank Islamic akan menyumbangkan Sadaqah sebanyak RM20,000 kepada misi bantuan kemanusiaan Palestin.

    Jika, 60,000 bahagian Qurban dipesan, maka jumlah sumbangan Sadaqah akan menjadi RM60,000.

    Sumbangan akan disalurkan melalui NGO atau organisasi kemanusiaan antarabangsa yang diiktiraf kerajaan seperti Mercy Malaysia.

    3. Pilihan korban di dalam dan luar negara yang mampu milik

    Kempen MyQurban pada tahun ini menawarkan harga mampu milik.

    Melalui kolaborasi bersama Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM), EzQurban, Aqiqah Centre dan Aqiqah4u, lebih mudah untuk pelanggan melaksanakan ibadah korban didalam mahupun luar negara.

    4.  Pilihan untuk melakukan korban dengan lebih mudah dalam talian

    Tidak perlu lagi berebut untuk menempah korban awal di kawasan penempatan masing-masing. MyQurban menyediakan pelbagai pilihan haiwan ternakan termasuk lembu, kambing dan unta secara dalam talian.

    Bukan itu sahaja, seperti yang disebutkan tadi, pelanggan boleh pilih nak laksanakan ibadah korban dalam ataupun luar negara. Mudah!

    Kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Maybank Islamic untuk menjadikan perkhidmatan pengurusan kekayaan lebih mudah akses.

    ALSO READ:  Nabila Razali Memperlihatkan Sisi lain Dalam Karier – ‘Bukan Lagi Seorang Gadis Manis!’

    Pelanggan akan menerima solusi atau perkhidmatan secara holistik atau ‘end-to-end’.

    Maybank Islamic juga berusaha untuk menaik taraf kemudahan pelanggan menerusi pendigitalan produk pengurusan kekayaan Islam.

    Bersama kita lahirkan kepuasan dalam pengorbanan. Jom laksanakan ibadah korang dengan Maybank Islamic MyQurban sambil menyumbang dan membantu rakyat Palestin melalui Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM), EzQurban, Aqiqah Centre dan Aqiqah4u.

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts