Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTunang Secara Rahsia Pada 17 September Tahun Lalu, Sean Lee & Isteri...

    Tunang Secara Rahsia Pada 17 September Tahun Lalu, Sean Lee & Isteri Akui Selesa Jalin Hubungan Secara Privasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Umum mengetahui, pelakon dan pengacara, Sean Lee akhirnya menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan, baru-baru ini. Tahniah!

    Terbaru, Sean Lee berkata, dia tidak merahsiakan mengenai hal tersebut daripada kawan terdekat mahupun keluarga.

    Jalin hubungan secara privasi

    Menurut Sean, dia dan isteri iaitu Bay Doucet selama ini menjalin hubungan secara privasi. Tambah Sean, dia mengambil langkah tersebut kerana masing-masing menjadi perhatian umum.

    Kami saling menghormati privasi, terutama apabila banyak kerja kami disiarkan secara terbuka dan dikongsi kepada semua orang.

    Jadi, kami rasa lebih baik untuk menyimpan beberapa perkara untuk diri kita sendiri saja. Sebenarnya kami sudah saling mengikuti media sosial untuk beberapa tahun tapi kami tidak memulakan sebarang komunikasi sehinggalah satu hari saya memberanikan diri menghantar mesej peribadi kepadanya dan selebihnya adalah sejarah.

    Dia berbakat, kreatif dan celik perniagaan. Dia mempunyai personaliti yang hebat dan memiliki segala-galanya yang saya inginkan. Kami berdua mempunyai pemikiran dan pandangan yang sama terhadap topik bercinta dan berkahwin.

    Jadi, sebelum melangkah ke fasa seterusnya kami berkenalan terlebih dulu dan kemudian baru fikir ke arah perkahwinan.

    Berbicara lebih lanjut, Sean turut mengakui bahawa dia sudah melangsungkan pertunangan secara rahsia pada 17 September tahun lalu sebelum mengadakan majlis perkahwinan pada 7 Julai lalu.

    Majlis perkahwinan kami diadakan secara tertutup dengan 200 tetamu di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Keutamaan kami adalah untuk pastikan tetamu kami bergembira dengan ‘santai’ pada malam meraikan cinta kami.

    Memandangkan ini adalah kali pertama kami menunjukkan hubungan kami secara terbuka, kami mahu ia mencerminkan diri kami. Isteri saya mempunyai cita rasa yang unik, jadi saya mempercayai visinya dalam menyusun perkahwinan mengikut seleranya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Prof Muhaya Kongsi Cara Kenalpasti Pekerjaan Terbaik, Pasang Niat Untuk Beri Kebaikan Kepada Ummah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts