Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Tunggu La Sofya Besar Sikit Boleh Tahan Sakit…”-Wawa Zainal Bimbang Anak Harus...

    “Tunggu La Sofya Besar Sikit Boleh Tahan Sakit…”-Wawa Zainal Bimbang Anak Harus Jalani Pembedahan Buang Tonsil

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal dilihat memberikan respon terhadap perkongsian pelawak, Achey mengenai anak perempuannya, Tiara yang bakal menjalani pembedahan membuang tonsil pada hari ini.

    “Haritu Sepatutnya Anak Wawa Pun Kena…”

    Wawa Zainal, menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa anak perempuanyya, Sofya juga seharusnya menjalani pembedahan membuang tonsil, namun terpaksa membatalkannya disebabkan rasa bimbang dengan kesan selepas pembedahan yang memakan masa selama dua minggu.

    “Haritu sepatutnya anak Wawa pun kena operate buang tonsil. Tapi tengok video kat TT rata-rata cakap sakit nak mamp** selama dua minggu. Terus cancel risau.

    Tunggu la Sofya besar sikit dah boleh tahan sakit. Tapi doktor cakap kalau kecik cepat sembuh. Tapi tula tak sampai hati.”-tulis Wawa Zainal di Insta Stories

    “Ayah Kalau Bab Ni Memang Lembik Sikit…”

    Dalam pada itu, pelawak terkenal, Achey menerusi hantaran di Instagram memohon doa orang ramai buat anak perempuannya, Tiara yang menjalani pembedahan membuang tonsil, hari ini.

    “Ayah kalau bab ni memang lembik sikit. Bagi la apa pun ayah redah je nak. Bab awak sakit ni memang ayah kalah.

    Apa pun ayah buat sebaiknya..Mama awak kuat laa. Mak kan? Terima kasih yang menyarankan Tiara untuk buat check up. Dan hasilnya tonsil ditemui oleh doktor pakar.

    Esok (hari ini) Tiara akan menjalani pembedahan kecil untuk tonsil yang membesar. Moga doa semua yang menyayangi Tiara terus mengalir untuk dia.”-kongsi Achey

    View this post on Instagram

    A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)

    Sama-sama kita doakan agar urusan pembedahan Tiara berjalan lancar dan diberikan kesembuhan dengan cepat…



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts