Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTunku Ismail & Fizo Omar Bersuara Insiden Faisal Halim & Akhyar Rashid!-“Apa...

    Tunku Ismail & Fizo Omar Bersuara Insiden Faisal Halim & Akhyar Rashid!-“Apa Salah Diorang Ni Sampai…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Insiden yang berlaku kepada dua pemain kebangsaan iaitu pemain sepak Terengganu FC, Akhyar Rashid yang disamun Khamis lalu dan Faisal Halim disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Ahad mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai termasuklah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pelakon, Fizo Omar menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap insiden jenayah berkenaan.

    Tunku Ismail Kecam Tindakan Pelaku Terhadap Faisal & Akhyar

    Tunku Ismail Sultan menerusi kenyataan di Instagram, mengkritik tindakan pelaku-pelaku yang disifatkan telah mengancam keselamatan pemain.

    “Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid, di mana keselamatan mereka telah diancam oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

    Saya harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.”-kenyataan Baginda di Instagram

    “Apa Salah Diorang Ni Sampai Sanggup Disimbah Asid & Disamun…”

    Dalam pada itu, pelakon, Fizo Omar turut mempersoalkan tindakan pelaku yang sanggup menyimbah asid dan samun pemain bola terlibat sehingga menyebabkan kecederaan dan kecacatan kekal.

    “Disimbah asid dan disamun! Apa salah diorang ni sampai sanggup disimbah asid dan disamun yang bermotifkan untuk mencederakan dan kecacatan kekal. Allahu, sampai macam tu sekali.

    Mungkin kita tidak tahu sama ada mereka ada musuh peribadi ataupun ada yang tidak berpuas hati dengan pencapaian karier mereka? Tetapi tidak seharusnya dilakukan macam ni.

    Diharap pihak polis menjalankan siasatan dan si pelaku dapat ditangkap dengan segera. Sama-sama kita doakan bintang bola sepak negara kesayangan ramai ini kembali sihat dan dijauhi segala musibah.”-tulis Fizo Omar

    View this post on Instagram

    A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

    Menurut laporan Harian Metro, pelaku terlibat memang sasarkan wajah Faisal Halim namun sempat dielak pemain kebangsaan ini. Malah karier Faisal atau lebih mesra disapa Mickey ini berkemungkinan besar akan berakhir jika simbahan asid terkena pada wajah dan matanya,

    ALSO READ:  [VIDEO] “Saya Tergamam Tak Terkata…”-Nora Ariffin

    Khamis lalu, pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid mengalami kerugian hampir RM5,000 selepas dipukul dan disamun individu yang tidak dikenali dalam insiden yang berlaku di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.



    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts