Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTunku Mona Riza Bawa Filem Arahannya ‘Rain Town’ Mewakili Malaysia di China

    Tunku Mona Riza Bawa Filem Arahannya ‘Rain Town’ Mewakili Malaysia di China

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Filem ‘Rain Town’ daripada produksi Current Pictures Sdn. Bhd. telah dipilih untuk mewakili Malaysia sebagai Tayangan Perdana Dunia mereka di Festival Filem Antarabangsa Silk Road International Film Festival (SRIFF) yang ke-10. Festival ini diadakan di Fuzhou, China bermula dari 23 September dan berakhir pada 27 September ini.

    Tunku Mona Riza selaku pengarah filem berkata, ia merupakan satu penghormatan apabila filem keduanya mendapat perhatian dari luar negara dan berpeluang untuk ditayangkan di festival terkemuka di luar negara.

    “Sudah tentu ini merupakan peluang untuk masyarakat luar dapat lebih mengenali Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya secara lebih dekat menerusi penayangan filem Rain Town di SRIFF.

    “Apatah lagi, SRIFF merupakan antara salah sebuah festival filem yang agak besar di China dan saya harap Rain Town dapat memikat penonton di negara tersebut,” katanya.

    Jelasnya, sebagai sebahagian daripada inisiatif China’s Silk Road Film Bridge Project, penganjuran SRIFF ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran budaya dan kerjasama strategik antarabangsa melalui pembangunan industri audio-visual China.

    Tayangan Perdana Dunia Rain Town akan menyaksikan garapan seni kreatif pengarah berkenaan yang sebelum ini telah banyak memenangi anugerah di festival antarabangsa dan tempatan melalui filem Redha.

    Filem yang mengisahkan tentang perjuangan dan konflik sebuah keluarga yang berhadapan dengan pelbagai konflik yang menimpa mereka serta menonjolkan pelbagai emosi dalam hubungan keluarga yang diterjemahkan di layar.

    Sementara itu, sebagai karya kreatif sulung pengarah tersebut untuk filem berbahasa Kantonis, Tunku Mona memberitahu dia mempunyai aspirasi menghasilkan filem yang bercitrakan keunikan dan keindahan pelbagai bangsa dan budaya di Malaysia yang majmuk dan harmoni sebagai nilai penting yang boleh ditonjolkan di dalam dan luar negara.

    “Saya membuat filem ini kerana ingin rakyat Malaysia sedar bahawa sebagai sebuah negara berbilang kaum yang harmoni, perlu ada pelbagai cerita budaya yang terdapat di Malaysia.

    “Sudah tentu saya harap Rain Town dapat menarik minat semua kaum di Malaysia untuk menonton filem ini, sekali gus membuka dan memberi inspirasi kepada pengarah dan penerbit tempatan lain untuk mula mencipta filem silang budaya/bahasa yang menggambarkan tentang masyarakat Malaysia,” katanya.

    Rain Town menampilkan barisan pelakon hebat yang terkenal serta pemenang anugerah seperti Chew Kin Wah, Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee, Pauline Tan) yang telah mencipta impak magis lakonan sebagai sebuah keluarga dengan pelbagai dimensi individu yang membawa kelainan serta kekuatan dalam cerita.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Kenapa Lawa Sangat…”- Penampilan Hawa Rizwana Di Korea Dipuji, Ini Rahsianya

    Penonton filem tempatan akan dapat menonton Rain Town bermula 8 Februari 2024 di pawagam di seluruh negara.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts