Pelakon dan usahawan, Tya Arifin selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga, semalam. Tahniah!
Secara normal
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Tya sendiri di akaun Instagram miliknya. Menurut Tya, dia bersalin secara normal. Ujar Tya lagi, dia dan suami iaitu Asyraf Khalid bersepakat memilih nama Aghnia Amira Jiwa untuk anak perempuan mereka.
Alhamdulillah mashallah tabarakallah, Baby kami yang ketiga telah lahir dengan selamat secara normal. Aghnia Amira Jiwa @aghniajiwaasyraf , dengan berat 3,6kg pada hari Jumat 20-12-2024 pada jam 11.11 malam.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah buat Tya dan Asyraf. Di samping itu, netizen turut memberi pujian mengenai nama anak yang dipilih oleh pasangan tersebut.