Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTyra Kamaruzzaman Alami Alahan Teruk, Syukur Suami Layan Seperti ‘Princess’ – ‘Saya...

    Tyra Kamaruzzaman Alami Alahan Teruk, Syukur Suami Layan Seperti ‘Princess’ – ‘Saya Tak Keluar Rumah Berbulan-Bulan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman memaklumkan dia mengalami alahan yang teruk pada awal kehamilannya.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Teka Teki Akhirnya Terjawab! Tyra Kamaruzzaman Dedah Kini Berbadan Dua

    Artikel berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Tinggal Sebumbung Dengan Keluarga, Tiada Perancangan Nak Beli Rumah – ‘Tak Rasa Sunyi Kalau Emran Pergi Kerja’

    Alami alahan teruk

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman, 25, mendedahkan suaminya, Emran Rijal yang terlebih dahulu mengalami alahan tersebut.

    Menurut Tyra, dia hanya mahu menghabiskan masa di atas katil selain tidak keluar dari rumah selama berbulan-bulan.

    Pada mulanya saya tak ada apa-apa (alahan) tapi Emran yang kena. Dia yang dapat semua alahan. Ia sangat kelakar sebab saya macam ala kesiannya dia yang mual-mual semua. Tapi terlalu awal untuk saya katakan itu jadi selepas itu saya pula yang dapat.

    ‘Morning sickness’ saya sangat teruk! Saya sampaikan tak boleh nak tinggalkan katil, tak keluar rumah berbulan-bulan. Saya rasakan seperti tak normal sebab saya bukan seseorang yang tak suka keluar rumah malah saya juga tak suka keluar dari bilik.

    Bagaimanapun, Tyra memberitahu dia terpaksa melawan diri untuk tetap mengambil makanan yang sihat bagi memastikan kandungannya mendapat nutrisi yang cukup.

    Makan pun tak lalu asyik muntah setiap masa. Saya paksa juga diri makan untuk bayi dan ambil banyak buah-buahan dan tak tinggal supplement supaya bayi dapat nutrisi sekurang-kurangnya.

    Dalam pada itu, dia bersyukur Emran sentiasa ada di sisi dan menjaga dengan baik sepanjang proses kehamilan.

    Sekarang Alhamdulilah semakin bertambah baik dah. Emran banyak membantu. Sepanjang tempoh saya tidak sihat dan terbaring di atas katil, dia jaga saya dengan sangat baik tak ada mengeluh ke apa pun.

    Dia memang buat saya macam seorang puteri lah jadi itu la rahsia untuk saya melaluinya saya rasa.

    Untuk rekod, Tyra dan Emran mendirikan rumah pada 3 Mei lalu dan berkongsi berita kehamilan cahaya mata pertama mereka pada 3 Ogos lalu.

    ALSO READ:  Lalui Fasa Sukar Tuduhan Amang Seksual Tahun Ini, PU Azman Berharap Tahun Depan Lebih Baik

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts