Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTyra Kamaruzzaman Mengaku Pasang ‘Bodyguard’ Ketika Majlis Kahwin Atas Faktor Keselamatan

    Tyra Kamaruzzaman Mengaku Pasang ‘Bodyguard’ Ketika Majlis Kahwin Atas Faktor Keselamatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial terkenal, Tyra Kamaruzzaman tampil menjawab pertanyaan netizen berhubung menggunakan perkhidmatan pengawal peribadi ketika majlis perkahwinannya, baru-baru ini.

    Ambil pengawal peribadi

    Menurut Tyra, dia mempunyai pengawal peribadi ketika majlis tersebut atas faktor keselamatan.

    Mengikut jumlah tetamu yang hadir ketika majlis itu, kami mengambil keputusan untuk mengambil pengawal peribadi atas faktor keselamatan. Kami mahu semua yang hadir turut berada dalam keadaan yang selamat. Apa jua boleh terjadi di dunia ini. Jadi kami mengambil pengawal peribadi untuk langkah keselamatan pada masa itu.

    Di samping itu, Tyra juga menjawab pertanyaan netizen berkaitan busana perkahwinan yang dipakai olehnya itu.

    Ujar Tyra, dia menerima pendapat netizen dengan hati yang terbuka mengenai busana itu.

    Saya tak nampak apa-apa kesalahan apabila netizen memberi pendapat mengenai busana pengantin saya. Tak ada salah pun. Mereka mendoakan dan bercakap benda yang baik. Apa yang tak baik, kita tolak tepi. Manusia mana lari daripada membuat kesilapan. Bukan tugas kita untuk menghukum. Cukup sekadar mendoakan, Tyra pun hargai semua teguran dan doa yang diterima. Tiada masalah.

    Terdahulu, Tyra Kamaruzzaman selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang pereka fesyen, Emran Rijal pada Jumaat lalu.

    Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman dan dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Pada majlis nikah tersebut, Tyra atau nama sebenar Athirah Kamaruzzaman menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.

    Majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur itu bertemakan rona putih yang dihadiri kedua-dua belah pihak.

    Untuk rekod, Tyra dan Emran diijabkabulkan selepas enam bulan mengikat tali pertunangan. Hubungan Tyra dan Emran mula dihidu netizen sekitar September tahun lalu apabila mereka dilihat sering bersama.

    ALSO READ:  Ustaz Azhar Idrus Menganalisis Isu Kahwin Lari Di Thailand: 'Ada Yang Sah Di Mahkamah Tetapi Haram & Berdosa Besar' [VIDEO]

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts