Pempengaruh media sosial terkenal, Tyra Kamaruzzaman akhirnya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang pereka fesyen, Emran Rijal pada Jumaat.
Artikel berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Kongsi Persiapan Perkahwinan Dengan Pereka Fesyen, Pilih Reka Teemor Sebagai ‘Wedding Planner’?
Artikel berkaitan:Tunang Tyra Kamaruzzaman Titip Ucapan Mengharukan- ‘Saya Tidak Akan Dapat Melakukannya Tanpa Awak’
Selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman dan dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.
Pada majlis nikah tersebut, Tyra atau nama sebenar Athirah Kamaruzzaman menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur itu bertemakan rona putih yang dihadiri kedua-dua belah pihak.
Untuk rekod, Tyra dan Emran diijabkabulkan selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.
Hubungan Tyra dan Emran mula dihidu netizen sekitar September tahun lalu apabila mereka dilihat sering bersama.