Pempengaruh dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman tampil mempertahankan suaminya, Emran Rijal yang didakwa memiliki perniagaan kerana datang daripada keluarga yang senang.
Artikel berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Alami Alahan Teruk, Syukur Suami Layan Seperti ‘Princess’ – ‘Saya Tak Keluar Rumah Berbulan-Bulan’
Artikel berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Tinggal Sebumbung Dengan Keluarga, Tiada Perancangan Nak Beli Rumah – ‘Tak Rasa Sunyi Kalau Emran Pergi Kerja’
Didakwa suami anak orang senang
Menerusi hantaran di Instagram Story, Tyra menjelaskan ruangan pejabat yang digunakan Emran itu adalah muzium bapanya bagi memudahkan suaminya bekerja dan pada masa sama menjaga dirinya yang sedang hamil anak pertama mereka.
Saya banyak nampak komen yang mengatakan Emran datang daripada keluarga ‘berada’ dan itu sebab dia berjaya dan boleh ada perniagaan, dakwa dia bukan bermula dari bawah.
Rumah di dalam video tersebut adalah rumah bapa saya yang dibina untuk kami semua tinggal di sana.
Dia juga dengan tangan terbuka mengizinkan Emran untuk menggunakan ruangan muziumnya sebagai pejabat sebab saya sedang hamil dan akan lebih memudahkan untuk Emran bekerja sambil menjaga saya sebab saya mengalami kehamilan yang sukar.
Bila-bila saya perlukan dia, dia ada buat saya.
Dalam pada itu, Tyra membidas kenyataan netizen yang mendakwa Emran bukan usahawan yang bermula daripada bawah.
Emran dibesarkan dengan ibu tunggal iaitu ibu mentua saya yang bekerja keras untuk membesarkan enam orang anak sendirian. Emran mendapat kesungguhan itu daripada dibesarkan oleh seorang ibu yang kuat.
Saya dengar betapa susah ibunya untuk meneruskan kehidupan. Saya tahu cerita bagaimana dia dibesarkan. Jadi bila orang kata dia tidak bermula dari bawah dan dia datang daripada keluarga ‘berada’, dia sebenarnya tidak.
Menurut Tyra, usaha dan matlamatnya untuk mencapai cita-citanya sebagai pereka fesyen yang menjadikan dia berjaya sehingga ke tahap sekarang.
Kenalan yang dia ada adalah daripada pergaulannya dan minat kepada fesyen. Dia pernah bekerja ‘retail’ dan bermula dari situ.
Dia juga pernah melalui fasa di mana dia tidak mampu untuk membeli makan buat dirinya tapi dia tahu keutamaan dan cita-citanya. Jadi dia tidak berputus asa.
Saya berasa sakit hati membaca komen-komen netizen sebab saya tahu betapa rajinnya Emran. Saya cakap bukan sebab dia suami saya tetapi saya benci tengok orang merendah-rendahkan kejayaan orang yang bekerja keras.
Sebab pilih Emran
Mengulas tentang sebab dia memilih Emran sebagai teman hidup, Tyra menyifatkan suaminya sebagai seorang yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh.
Kenapa saya pilih dia? Sebab dia rajin. Mudah sahaja. Saya yang lebih muda mahu berkahwin dengan lelaki yang mempunyai segalanya sampailah saya dah berusia dan sedar seorang lelaki boleh ada semuanya tapi tidak akan kekal sekiranya dia tidak rajin dan ada kesungguhan.
Itu membuatkan saya jatuh cinta. Kesungguhan dia, semangat dia, kerja keras dan semua yang dilakukan untuk merealisasikan impiannya.
Untuk rekod, Tyra dan Emran mendirikan rumah pada 3 Mei lalu dan berkongsi berita kehamilan cahaya mata pertama mereka pada 3 Ogos lalu.