Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTyzo Nafi Gosip Bercinta Dengan Lydia Dirancang Sebagai ‘Marketing’

    Tyzo Nafi Gosip Bercinta Dengan Lydia Dirancang Sebagai ‘Marketing’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, penyampai radio Tyzo Xander, memberitahu kepada bahawa dia tidak berani untuk bercakap lebih mengenai kisah yang membabitkan dirinya dengan anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Lydia Rosli.

    Menurut Tyzo, secara jujurnya dia berasa sangat terkejut dan tidak tahu untuk bercakap apa-apa pada waktu itu

    Nafi buat gimik

    Terbaru, Tyzo menafikan dakwaan dia sengaja merancang gimik tersebut bagi tujuan ‘marketing’ untuk menaikkan nama dan perniagaannya.

    Tyzo yang ditemui pada Majlis Pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 36 (ABPBH36) di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur, baru-baru ini, turut menjelaskan dia sama sekali tidak terfikir untuk melakukan perkara tersebut. Ini kerana, netizen sudah pandai menilai bakat berbanding kisah peribadi seseorang.

    Sepanjang dalam industri, saya tidak ada kontroversi berkenaan cinta dan sebagainya. Ada yang kata itu sebagai ‘marketing’ untuk kekal relevan dan sebagainya, saya rasa tidak perlu begitu. Zaman sekarang ini orang lebih menilai bakat berbanding kisah peribadi.

    Lagipun benda itu bukan dari mulut saya. Pada masa itu dia jawab secara jujur apa yang dia pernah rasa. Mungkin pada masa itu.

    Disoal sama ada masih berhubung ataupun tidak dengan Lydia, Tyzo secara ringkas menjawab masih.

    Kami masih lagi berjumpa, baik dan berhubung. Berkawan tak salah. Kami berhak berkawan dengan sesiapa. Saya sibuk dengan perniagaan dan dia pun sama. Jadi ada yang saya belajar juga dengan dia. Masing-masing beri pandangan sendiri.

    Pada masa yang sama, Tyzo turut menjawab dakwaan dia mempermainkan perasaan Lydia.

    Masing-masing berhak untuk cakap benda tidak baik tentang saya, saya tidak boleh nak tahan apa yang mereka mahu katakan. Jujur cakap, saya tidak pernah mainkan perasaan orang sebab sebelum ini saya pernah disakiti dan menyakiti. Saya tahu perasaan disakiti itu sangat sakit. Kalau saya muda lagi mungkin boleh (menyakiti).

    Terdahulu, Lydia memberitahu kepada perasaan suka terhadap Tyzo itu timbul pada tahun lepas selepas mereka mengenali antara satu sama lain hampir dua tahun yang lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Suami Elizabeth Tan Promosi Filem Sheriff Di Tempat Kerja Curi Perhatian Netizen

    Tambah Lydia, kalau diikutkan dia mahu mendirikan rumah tangga dengan Tyzo. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian memandangkan hubungan mereka lebih ke arah kawan dan rakan perniagaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts