Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentTyzo Terkejut Kakak Kak KM Luah Mahu Kahwin Dengannya, Memilih Untuk Pendam...

    Tyzo Terkejut Kakak Kak KM Luah Mahu Kahwin Dengannya, Memilih Untuk Pendam Perasaan Seorang Diri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyampai radio popular, Tyzo Xander, atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris, 48, melahirkan rasa terkejutnya berhubung pendedahan usahawan wanita Lydia Rosli mengenai luahan cinta dan impian untuk berkahwin dengannya.

    Lydia, anak pelakon senior Normah Damanhuri, secara terbuka berkongsi status hubungan mereka kepada media.

    “Saya memang tahu tentang perasaannya terhadap saya. Kami pernah bercakap tentang perkara ini. Cuma saya tak sangka dia akan bercakap pada media,” ujar Tyzo.

    Menurutnya, perbincangan mengenai perasaan Lydia sudah berlalu, dan kini hubungan mereka tidak lagi sama.

    “Mungkin sebab benda dah berlalu. Kalau tidak mesti dia tak akan bercerita. Dia pun dah tak suka saya sekarang,” katanya.

    Tyzo memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang perasaannya terhadap Lydia, yang juga adik kepada usahawan sensasi Liana Rosli.

    “Biarlah saya simpan perasaan itu seorang diri. Saya tidak mahu kata ya ataupun tidak. Sejak dahulu lagi saya merupakan seorang yang menjaga privasi. Saya tidak berkongsi tentang soal peribadi kepada umum,” jelasnya.

    Namun, Tyzo tidak menafikan bahawa Lydia adalah seorang yang baik dan banyak mengajarnya tentang ilmu perniagaan.

    “Keluarga saya juga kenal rapat dengannya. Begitu juga dengan saya yang baik dengan keluarga dan anak-anak Lydia,” tambahnya.

    Penyampai radio Ikim FM itu mengakui bahawa dia tidak pernah menyedari situasi Lydia yang sering berendam air mata mengenangkan kesudahan hubungan mereka.

    “Saya tak tahu selama ini dia begitu,” kata Tyzo.

    Ditanya tentang restu ibu Lydia yang sedia menerimanya sebagai menantu, Tyzo menjawab secara berseloroh, “Bukan Normah Damanhuri sahaja, saya rasa ada ramai lagi mak cik di luar sana yang nak jadikan saya sebagai menantu.”

    ALSO READ:  “Aku Dah Kena Banyak Kali “- Zarina Anjoulie Beri Nasihat Tolong Jangan Bercinta Dengan Lelaki Buruk

    Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa Lydia, 46, meluahkan rasa cinta dan keinginannya untuk berkahwin dengan Tyzo tahun lalu, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan.

    Lydia menjelaskan bahawa cintanya sebelum ini hanya untuk Tyzo, tetapi penyampai radio tersebut seperti belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.

    “Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan saya dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama,” kata Lydia. Menurut Lydia, dia berterus terang bahawa dia cinta dan mahu berkahwin dengan Tyzo.

    Lydia mempunyai empat orang anak termasuk Naib Juara Hero Remaja 2023, Fitri Farok, dan seorang cucu. Manakala Tyzo tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai seorang anak angkat.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts