Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ubai Contoh Suami Yang Baik, Boleh Kumpulkan Semua Ahli Keluarga Yang Terpisah’...

    ‘Ubai Contoh Suami Yang Baik, Boleh Kumpulkan Semua Ahli Keluarga Yang Terpisah’ – Netizen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman memberi bayangan bahawa kemelut bersama anaknya itu sudah pun berakhir menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story.

    Lebih mencuri tumpuan, Fauziah turut memuat naik gambar mereka sekeluarga ketika menghadiri majlis akikah cucunya, Rhea Akira.

    Terbaru, menerusi pemerhatian pihak , penyanyi ND Lala turut kelihatan menghadiri majlis akikah cucunya itu.

    Terima kasih buat semua keluarga

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira kerana melihat keluarga ini sudah berbaik semula. Tambah netizen, Ubai berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik kerana boleh mengumpulkan semua ahli keluarga isterinya.

    Alhamdulillah

    Tambah netizen, hubungan kekeluargaan akan sentiasa berkekalan dan tidak akan putus walau apapun yang terjadi.

    Sekadar info, kemelut keluarga Shila menjadi bualan apabila penyanyi itu didakwa mahu menghalau keluar keluarganya daripada banglo yang terletak di Hulu Langat.

    Walau bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menafikan perkara tersebut dengan memaklumkan bahawa dia hanya berniat untuk mencari rumah baharu yang lebih kecil untuk ibunya dan keluarga.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts