Ucapan yang dititipkan pelakon Abby Abadi kepada tiga cahaya matanya iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
‘Jaga solat, aurat’
Menerusi hantaran di Instagram, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 46, berpesan kepada anak-anaknya untuk sentiasa menjaga solat dan aurat.
Abby juga berdoa agar ikatan kasih sayang mereka sekeluarga kekal hingga ke syurga Allah.
Bertahan demi syurga Allah, amin. Anak-anak mama, Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha, jaga diri elok-elok.
Apa keadaan sekalipun, ke mana-mana, solat aurat jaga okay. Mama, abah, papa dan mummy sayang sangat dekat korang semua.
Semoga ikatan kasih sayang ini hingga ke Syurga Firdausi.
Dalam hantaran sama, Abby turut memuat naik sepotong video pendek memaparkan kemesraan dia bersama Marissa dan Maria.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen berasa sebak membaca ucapan aktres tersebut selepas mengenang kembali banyak dugaan yang dilalui Abby sekeluarga.
Sekadar info, Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha merupakakan anak hasil perkahwinan Abby bersama bekas suami iaitu aktor Norman Hakim.
Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 dan berpisah pada 2009.