Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUcapan DJ Sonic Sempena ‘Birthday’ Fazura – ‘Hebat Wanita Ini, Tetap Jaga...

    Ucapan DJ Sonic Sempena ‘Birthday’ Fazura – ‘Hebat Wanita Ini, Tetap Jaga Aib & Tutur Kata Supaya Tiada Siapa Yang Terluka’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sempena hari ulang tahun kelahiran Fazura hari ini, penyampai radio DJ Sonic menitipkan ucapan istimewa buat sahabat baiknya itu.

    Hebat wanita ini

    Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Dj Sonic mengucapkan selamat hari lahir buat aktres jelita itu. Dj Sonic mendoakan setiap perjalanan hidup Fazura dipermudahkan oleh Allah.

    Hadirkan segala kegembiraan, kurniakan kesihatan yang baik ! Sinari cahaya baru dalam perjalanan seterusnya. Hapuskan memori pahit ,kekal kuat untuk harungi segala ujian Allah.

    Menjadi ibu hebat untuk Nyamma dan keluarga Faz. Hebat wanita ini, tetap jaga aib, jaga tutur kata supaya tiada siapa yang terluka hakikatnya hanya dia yang tahu apa yang berlaku. Terus kuat, Ramai sayang Faz ! Aamin

    Terdahulu, Dj Sonic memberitahu kepada sahabat baiknya itu tidak pernah bercakap buruk mahupun bercerita mengenai masalah rumah tangga kepada sesiapa.

    Dengan nama Allah Fazura tidak pernah bercerita hal rumah tangga dia dengan saya.

    Mengenali Fazura, dia tak pernah bercerita buruk tentang Fattah sebaliknya dia selalu memuji suaminya itu seorang bapa yang baik.

    Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin.

    Bagaimanapun, Fattah memaklumkan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

    Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

    Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkan itu.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

    ALSO READ:  Letak Kapyen Emoji Hati, Marissa Dania Pertama Kali ‘Upload’ Gambar Bersama Aslam

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts