Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUcapan Emir Sempena Hari Lahir Mira Filzah Buat Peminat Terharu!-“His Words…”

    Ucapan Emir Sempena Hari Lahir Mira Filzah Buat Peminat Terharu!-“His Words…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suami kepada pelakon, Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar memberikan ucapan istimewa sempena hari lahir Mira yang ke-31 pada 2 April, semalam.

    Emir menerusi sebuah coretan di Instagram berkata, dirinya menjadi saksi melihat Mira sebagai ibu yang luar biasa serta isteri yang sangat penyayang.

    “Kekasihku Nur Amirah Filzah, kekasihku dunia dan akhirat, syukur Alhamdulillah. Another year another birthday of you.

    Lebih bijak dan lebih anggun daripada sebelumnya, dan saya mengatakan ini kerana saya adalah saksi kepada anda sebagai ibu yang luar biasa dan isteri yang penyayang.

    Sesungguhnya Ya Rabb, aku bersyukur memiliki dia sebagai teman hidupku.”-tulis Emir

    “Kepada Allah SWT Ku Pohon…”

    Dalam pada itu, Emir turut menitipkan doa buat isterinya, Mira agar sentiasa diberikan kejayaan di dunia dan akhirat bersama keluarga.

    “Setiap tahun, lebih2 lagi pada hari kelahiranmu, harus dititipkan rasa penghargaan yang tak ternilai buat Mak dan Abah kerana membawa Angah ke muka bumi ini, dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Terima kasih Mak Abah, kami sayang Mak Abah. 💜

    Kepada Allah SWT ku pohon, agar dirimu sentiasa berada dalam perlindungan, rahmat, dan keredhaan-Nya. Saya juga memohon kebaikan sahabat semua agar mendoakan Mira — moga panjang umur, kesihatan berpanjangan, selamat dan berjaya di dunia & akhirat bersama keluarga, aamin YRA. Selamat Ulangtahun Kelahiran kekasihku @mfmirafilzah.🌹🌌.”-titip Emir buat Mira

    View this post on Instagram

    A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

    Peminat Terharu!

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa terharu dengan ucapan Emir, malah ramai yang turut memberikan ucapan hari lahir Mira yang ke-31.

    “Awww so sweet! Infinite love and eternal bond you guys.”

    “Bersemuttt, aminn untuk doanya.”

    “Sanah Helwah Mira Filzah. Semoga sentiasa dalam Rahmat dan lindungan Allah SWT.”

    Sekadar info, Wan Emir Astar dan Mira Filzah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir.

    ALSO READ:  [VIDEO] Bercium Dengan Katrina Kaif, SRK Dedah Terpaksa Lakukannya Kerana…



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts