Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUcapan Fizi Ali Sempena Hari Lahir Ameena Buat Netizen Sayu-“Mungkin Akan Ada...

    Ucapan Fizi Ali Sempena Hari Lahir Ameena Buat Netizen Sayu-“Mungkin Akan Ada Mulut-Mulut Cakap…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyampai radio, Fizi Ali memberikan ucapan istimewa buat anak perempuannya, Ameena Sofia yang menginjak usia enam tahun.

    Fizi, menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia mengakui tidak dapat memberikan sepenuh masa bersama, namun akan membuatkan anak perempuannya itu manusia yang paling bahagia setiap kali bertemu.

    “Untuk anakku Ameena Sofia, betul kita tak banyak masa bersama. Daddy tak bagi 100% masa Daddy dengan awak. Daddy tak dapat bagi macam ayah orang lain boleh bagi dekat anak diorang.

    Tapi daddy janji, setiap kali kita jumpa, daddy akan buat awak lah manusia paling bahagia dalam dunia. InsyaAllah daddy akan buat yang terbaik untuk awak.”-tulis Fizi di Instagram

    “Mungkin Ada Mulut-Mulut Akan Cakap Daddy Ni…”

    Dalam pada itu, Fizi menegaskan bahawa dia tidak kisah digelar ‘terpaling’ mahu berebut Ameena dari bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

    “Mungkin ada mulut-mulut akan cakap daddy ni terpaling bapa la, terpaling konon nak rebut awak lah.

    Daddy tak kisah. Janji kalau satu hari nanti Daddy dah tak ada, daddy harap awak tengok balik semua video-video ni khas untuk awak sayang. Kami semua sayang awak.”-tulis Fizi lagi

    View this post on Instagram

    A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts