Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUcapan Norman Hakim Sempena Hari Lahir Marissa Dania Buat Netizen Sebak!-“Ujian Kita...

    Ucapan Norman Hakim Sempena Hari Lahir Marissa Dania Buat Netizen Sebak!-“Ujian Kita Berbeza-Beza…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Norman Hakim memberikan ucapan istimewa di media sosial sempena hari lahir anak perempuannya, Marissa Dania yang ke-19 tahun, hari ini.

    Norman, menerusi hantaran di Instagram, turut mengimbas kembali momen menyambut kelahiran Marissa yang dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik.

    “19 tahun lepas, papa takkan lupa momen papa sambut kelahiran Adik dalam kereta. Tak sempat bawak Mama sampai klinik. Adik dah tak sabar nak keluar. Papa ingat lagi first word yang keluar dari mulut Mama bila Adik dah keluar full.

    Mata terkebil-kebil pandang papa pandang mama. Mama cakap ‘hidung Norman Hakim laa’. Nampak je muka Adik terus lenyap panik papa. Terus hilang sakit Mama bertarung nyawa lahirkan Adik.

    Papa sayang Adik, sayang Aslam dan sayang Umisya. Semua anak-anak papa jugak. Ujian hidup kita berbeza. Semua anak-anak papa jugak. Ujian hidup kita berbeza. Doa papa buat kalian tak pernah putus.”-titip Norman Hakim di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

    “Sebak Coretan Daripada Seorang Ayah…”

    Coretan Norman Hakim buat puterinya ini telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak, malah ada yang turut memuji sikap Norman Hakim sebagai seorang bapa yang sangat tabah dalam menghadapi pelbagai ujian yang menimpa.

    “Satu contoh terbaik daripada Norman ialah awak tak ego. Merendahkan diri atas setiap perkara. Teruskan jadi contoh yang baik. Tahniah.”

    “Sebak coretan dari seorang ayah. Happy birthday Marissa.”

    “Ya Allah menitik air mata sebak. Betul ujian setiap kita berbeza macam tu jugak dengan anak-anak yang penting doa kita sebagai orang tua takkan pernah putus mendoakan yang baik-baik.”

    “Setiap orang ujiannya tak sama. Untuk family ni saya sangat kagum sebab mereka sangat-sangat bersatu hati walau apa jua dugaan dan rintangan yang datang.

    Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka sekeluarga…

    ALSO READ:  “Aku Ni Kan, Masih Dalam Pantang Tau…”-Isteri Caprice Bengang Nama Dipetik!



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts