Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentUcapan Norman Hakim Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Lelaki Menuai Sebak, Netizen...

    Ucapan Norman Hakim Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Lelaki Menuai Sebak, Netizen Memohon – ‘Doakan Agar Danish Satukan Kembali Keluarga Ini’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Norman HakimNorman Hakim

    Ucapan ulang tahun kelahiran yang dititipkan oleh pelakon Norman Hakim kepada anak lelakinya, Mohd Danish telah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

    Ulang tahun kelahiran Danish

    Norman HakimNorman Hakim

    Menerusi perkongsian di Instagram, Norman berkata kehadiran Danish dalam hidupnya telah membawa erti kebahagiaan.

    Sanah helwah, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-21 abang Danish. 21 tahun yang amat membahagiakan papa.

    Papa tak sangka satu hari nanti yang kita akan jadi ‘best friend forever’ dan boleh berkongsi segala rahsia, rasa ups and down dalam hidup ini.

    Dalam masa sama, Norman berdoa agar ikatan kasih sayang antara dia, Danish dan ahli keluarga yang lain terus kekal selama-lamanya hingga ke akhir hayat.

    Terima kasih Allah, terima kasih abang. Semoga bornding kita ini akan terus kekal sampai bila-bila hingga ke Jannah.

    Tolong maafkan papa andai ada khilaf papa selama 21 tahun kita bersama. Andai ada rezeki, bawalah kami mama (Abby Abadi), mummy (Memey Suhaiza), abah, adik-adik semua ke syurga insya-Allah.

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berasa sebak membaca ucapan istimewa itu.

    Sedih pula baca ucapan Norman, besar dugaan keluarga ini.

    Semoga Danish dapat satukan kembali keluarga ini. Bawa mama, papa, mummy ke syurga.

    Semoga Danish terus jadi anak yang menyenangkan mama papa dan tidak melukakan mereka.

    Dalam hantaran sama, Norman turut memuat naik sepotong video meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Danish bersama keluarganya.

    Pun begitu, ada segelintir netizen yang mempersoalkan ketiadaan ibu kandung Danish iaitu pelakon Abby Abadi dalam video berkenaan.

    Sekadar info, Danish merupakan anak sulung hasil perkahwinan Abby dan Norman. Namun mereka disahkan bercerai pada 2009.

    ALSO READ:  Bella Astillah Selesa Guna Panggilan “Kau” “Aku” Dengan Rakan Pelakon, Elak Cinta Lokasi di Set Penggambaran

    Selain Danish, Abby dan Norman juga mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha.

    Norman kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan aktres Memey Suhaiza pada 2011.

    Manakala, Abby menamatkan zaman jandanya dengan Mohd Farhan pada 2013, namun usia perkahwinan tidak kekal lama apabila disahkan bercerai setahun kemudian.

    Pada 2015, Abby berkahwin buat kali ketiga dengan lelaki bernama Muhammad Faizal Zakaria.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts